Thursday, March 3, 2011

Ping-Pong dan Aku...

Aduh, sudah bersarang lah blog dairi Mr IQ ini. Bukan tak nak bersihkan, tapi takde masa (atau tak pandai urus masa) nak tulis. Bukan takde benda nak tulis, cuma tak pandai meringkaskan dairi. Rasa macam nak tulis semua benda dalam ni. Masa yang diambil untuk menulis pulak, terlalu lama. Kebelakangan ni hanya fokus kepada laman utama Kata-Kata Tak Terkata.(eh!!, macam mana boleh ada follower plak dalam blog dairi ni? monolog diriku sendirian)
dalam bilik tu ada meja snooker sekali

Ping-Pong adalah satu sukan kegemaran saya. Dulu semasa di Taman Islami, sukan yang paling saya fokus adalah ping-pong. Sungguhpun ketika itu saya tak bagus dalam belaja, tapi saya ada benda jugak yang saya minat time tu. Tau main je, pelajaran entah kemana, huhuhu. Tapi itu kisah lama. Walau saya nampak macam lemah, tapi at least ada jugak benda yang saya kuat. Ping-Pong lah (mungin) kekuatan saya.

Kini saya berada di UiTM Shah Alam. Saya teringin juga ingin memulakan kembali karier Ping-Pong yang telah lama saya tinggalkan semasa keberadaan di Kolej Tarbiyah Dakwah. Saya ingin masuk pertandingan ping-pong di Uitm. hohoho... Namun mampukah saya menghadapi pertandingan itu, dalam keadaan tanganku yang kian keras ditelan masa? Mampukah aku mengembalikan skill yang telah lama usang dan lapok? Jawapannya tidak mampu, huhuhu. Kalau anda seorang yang rajin, jom baca.


click utk meneruskan pembacaan
Setelah lebih kurang sebulan saya berada di Uitm, kedengarannya ada event sukan yang dianjurkan Kolej yang saya diami, iaiu kolej Perindu. Nama pertandingan itu ialah Super, iaitu singkatan dari Sukan Perindu. Perasaan agak teruja, sebab dah lama masuk pertandingan. Saya nak cuba uji tahap keusangan skill saya dalam karier ping-pong ini. Teringat pula pada sahabat saya di Uitm jengka, dia sekarang ni dah mantop gila dalam Ping-Pong (rasa-rasanya lah, huhu). Namun pertandingan ping-pong Super itu tiada game perseorangan. Hanya untuk bergu sahaja. Disebabkan saya teringin sangat masuk pertandingan, saya ajak je la seorang ahli bilik saya jadi partner regu saya. Katanya dia boleh main ping-pong. So, amik je la, huhuhu.

my partner-Hasrul Hashim

Liga Super untuk Ping-Pong berlangsung di Kolej Perindu itu sendiri. Ketika itu baru saya tau ada tempat bermain Ping-Pong di kolej. Kalau saya nak main lepas ni, dekat je la nak pegi, huhu. Bilik tu ada sekali dengan meja snooker dan pool.Sebelum Liga super ni, saya ada berlatih la sikit-sikit dengan kawan saya tu. Harap-harap kawan aku tu takde la rendah diri sangat.

Permainan dimulakan. Kami mendapat lawan yang mudah untuk game yang pertama. Apalagi, menang la 2-0 ngan depa. Owh sebelum saya terlupa, game nya ada 3. Kiraaannya pula ada 11. Main stail liga. ada 2 kumpulan. Setiap kumpulan ada 4 pasangan regu (lebih kuranglah, saya tak ingat, huhu. Saya tak berapa ingat game yg kekedua atau game yang ketiga, kami dapat lawan yang susah. Tapi yang susah tu kami kalah 2-1. Yang senang kami menang 2-0. Game keempat, kami dapat lawan mudah, jadi menang la 2-0.

Point yang kami dapat ialah 7. Ada satu kumpulan regu menang berderet, diorang dapat 8 point.  Regu tu memang dapatlah masuk separuh akhir. Point kami sama dengan salah satu regu dalam kumpulan kami. Jadi diorang tengok pada perlawan sebelum-sebelum ini, kitorang menang lawan diorang. So, kamilah layak ke separuh akhir, walaupun point kami sama. Time tu perasaan rasa lega sikit, sebab bila masuk separuh akhir, boleh dapat hadiah, huhuhu. Kawan saya pun cam tak percaya je dia dapat pergi separuh akhir.

Permainan diteruskan untuk menentukan johan, naib johan, dan no 3. Johan kumpulan A akan lawan Naib Johan kumpulan B, manakala Johan kumpulan B akan lawan naib johan kumpulan A. Kami naib johan kumpulan A. Kalau menang yang ni, boleh pergi inal la. Perlawanan antara kami ngan diorang agak sengit. Sebab regu lawan ada wakil Uitm sorang. Namun kawannya agak biasa saja. First game, kami kalah. Second game kami menang. Third game kami kalah. Pastu keadaan jadi agak tegang. Main sampai diuz* (aku pun tak tau nak eja benda tuh, maksudnya seri). Last sekali game ketiga itu kami menang. Kini rubber set (set penentuan) pulak. Kami main macam biasa. Tapi tak sangka, boleh leading pulak. Kemudian kami menang. Perg rasa cam bangga sikit la... Boleh menang walaupun dorang ada wakil Uitm.

Finalpun berlangsung. Lawan kami ialah lawan yang kami kalah (2-1) di pusingan sebelum separuh akhir tu. Bagi kami, tak kisah sangat la menang atau tak, sebab dapat pergi sampai Final pun dah rasa cam puas hati. Last-last kami kalah... huhuhu. Set pertama dorang menang set kedua kami menang. Set ketiga dorang menang. Set keempat dorang menang (3-1). (malas nak cerita panjang, huhu).

dorang ni la johan

Pengajaran buat diri dari peristiwa ini...

1. Nak main ping-pong matlamat kena jelas, jangan niat nak menang je. Niatkanlah segala kerana Allah, dan dengan itu kita akan buat terbaik semampu yang Allah bagi mampu.

2. Apapun yang berlaku, segala-galanya Allah telah tentukan. Walaupun kami ni takdelah terer sangat, namun jika Allah nak izin, everything will happen.

mamat kesatria.... mr IQ
hadiah2 kami


P/s: selepas menggondol naib johan untuk liga super, kami terus dipilih mewakili kolej perindu untuk ke SuKol (Sukan Kolej). Bestnyer dapat main lagi... (^_^)v ... nanti sy cite plak utk Sukol..

4 comments:

  1. salam.taman islami skolh kt mana tu?

    ReplyDelete
  2. Anonymous: sila rujuk my profile di tab diatas...
    teka la sendiri, tapi jgn heboh org lain sudah la....
    (aduh.. nape la tak tulih nama?)

    ReplyDelete
  3. waa..tahniah2..
    boleh la frenly lpas ni..

    ReplyDelete
  4. boleh kot, tapi konfem ana kalah... karat2 tak dibersihkan lagi... huhu

    Skrg ni mmg sibuk jiddan... x mampu main, dan takde geng nak main... huhuhu
    masuk pertandingan je lebih... main nya tidak...

    ReplyDelete

jika anda adalah Anonymous Users, sila letakkan nama/nama samaran anda (kalau boleh).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...