Tuesday, May 10, 2011

Malang dan Sibuk

Assalamualaikum, perg, sudah tiga minggu tak update diari. Baiklah, haritu saya pernah kata bahawa saya ada masalah dalam subjek Fizik. Namun apa yang malangnya, soalan fizik memanglah saya tak berapa boleh jawab, tapi ini sekali paper Ekonomi pulak yang susah giler.



Mana tak nya, apa yang kitorang belajar, tak sama dengan apa yang keluar dalam periksa. Punya la study soalan final, mengharap agar soalan berulang seperti berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Namun dengan izin Allah, kami sama-sama (satu kelas), pening kepala tengok kertas soalan. Semasa dalam dewan pepereksaan, kawan saya siap tanya lagi, betul ke kertas ni yang diorang ambil. Takut-takut tersalah amik paper pulak. Tapi kat depan tu meman jelas-jelas dah tulis. Sains Ekonomi.

Huhuhu, lawak pun ada time tu. Semua panik. Namun saya pasrah je. Jawab jelah dengan selamba. Rupa-rupanya memang banyak gila yang saya tak tau. Kami belajar ekonomi yang biasa, tapi yang banyak keluar mengenai ekonomi construction punya. Memang kami 'tahu' (sebaliknya) la. Bahagian B pulak dia tanya pasal Sustainable dan sebagainya.

Natijahnya, saya tak sempat nak goreng bahagian B, sebab soalan bahagian A (Objektif) pun dah payah. Apa yang mampu saya buat ialah tersenyum je lah, seperti orang gila. Hahaha.

Lepas habis paper tu semua bising. Ada yang pergi jumpa Puan yang ajar kami ekonomi tu. Pendapat saya silibus yang diberi fakulti silap kot. (tp Puan tu mana la tau ekonomi versi construction punya, dia tau ekonomi biasa ja)

Apa-apa pun saya redho dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini berlaku. Saya tidak kisah kalau repeat next sem paper ekonomi (mahupun fizik). Tapi kalau cukup-cukup makan, saya go on je lah. Ada orang kata rugi la apa yang dorang belajar selama ini, sebab tak masuk. Namun bagi saya dalam mencari ilmu yang milik Allah ini, tiada yang sia-sia. Ilmu itu kelak akan digunakan dalam kehidupan. Ini lah masalah bila belajar itu hanya untuk peperiksaan saja (saya la tu).
Ok, cukuplah cerita-cerita yang lepas. Fullstop.

idea please, do come... (mintak kat Allah la wei)


Kini saya tak balik cuti lagi walaupun semua orang dah balik cuti. Inilah kehidupan budah Arkitek. Balik lewat. Sebab kami akan ada rivew, iaitu perbentangan hasil kerja sepanjang sem ini. Sekarang ni tengah sibuk nak buat model dan sebagai (sempat pulak updated blog, pelik, huhuhu). Ok, saya nak buat kerja dulu. Assalamualaikum.... (p/s: doakan saya semasa review nanti dapat buat yang terbaik)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...