Saturday, January 1, 2011

Goodbye busy Dicember... (orentasi UITM)

Assalamualaikum, rasa lama dah x update blog. Sibuk la katakan. Walaupun kita sudah 2010 telah berakhir, aku nak juga tulis pasal busy dicember aku... huhuhu...
Pada 27hb Disember 2010, aku mula melangkah satu alam yg baru di UITM (utk pengetahuan anda yg membaca post interview seni bina aku tuh, aku sudah pun diterima). Rasa berdebar-debar menunggu tarikh keramat ni. Lama rasanya tak merasai suasana belajar. jom ikuti kisahnya..

27hb:
~aku berangkat ke Shah Alam, pada pukul 7.30 pagi. Aku pergi ngan abg Sulungku dan kakak iparku (pengantim baru), naik viva oren kepunyaan Allah. Ayah n ummiku pergi ke perak utk hantar adikku ke UITM perak. Sebab adik aku dapat uitm perak, dan hari pendaftarannya sama dgn aku. Jadi my parent pegi hantar Perak la. Dia kan baru nak masuk, jauh plak  tu. Jadi aku x kisah sangat.
~sampai di UITM, masuk asrama, disambut mesra oleh abg2 UITM disana.
~pastu aku lihat bnyak lagi brg x beli. So, kitaorg (abg aku dan aku), ke mall, beli brg keperluan. Selepas tu g tido, di rumah abg ku di Shah Alam jap, sementara nak menunggu daftar pada kul 4.
~lepas solat Zohor di rumah abgku, kitorg g asrama tu balik. RTime tu dah takde ibubapa dalam bilik aku. (sblm g beli brg, bilik penuh dgn ibubapa yg mengurus/hantar anaknya). Ketika itu, baru ak tau, bahawa esok rupanya mendaftar. Abg ku balik, dan tinggallah aku disini.
~malam menjelma, selepas solat isyak berjemaah (juga selepas makan), ada perjumpaan di dewan makan bersama abg2 Fasi (kt sini dorang x panggil fasi, tapi PM). Diorang bantu kitorang utk hari pendaftaran esok. Baik sungguh mereka2 ini. kul 12 mlm baru habis. makan supper kemudian tido.
~tengah2 aku nak tido, ada pulak suara org jerit, mungkin abg MB marah sapa kut. Aku tido je, buat mcm x kisah.
click utk meneruskan pembacaan
28hb:
~Kitorang bangun subuh kul 5, mandi dulu, baru solat.  Lepas subuh ada sedikt pengisian melalui perdebatan yg bertajuk couple boleh atau tidak.
~hari pendaftaran. kitorang kena pergi dewan mana tah. Tapi daftar disitu la. Alhamdulilah, aku daftar ok je.  Alhamdulilah.
~balik ke kolej perindu (asrama aku la tu), kena jalan kaki. memang berpeluh lah kami. Dgn bukit dan tangganya.
aku baru tahu hal semalam, ada org buat kenduri rokok dalam bilik, tu yg kena marah dgn MB semalam. Baru satu hari sudah buat hal, mmg kena la.
~lepas zohor ada perjumapaan dgn pengetua Perindu. Aku ngatuk gila. lama tul dia ckp.
~petang ada main game sikit. Boring aku.
~lepas solat magrib ada tazkirah lagi, tp best r (walaupun aku tak ingat nama penceramah tu).
~malam tu pulak aku tak ingat dah, apa yg berlaku... huhuhu mungkin ada ceramah kat dewan kut.
pukul 12, tido.
~ingatkan panas di waktu malam, rupanya hujan ditengah malam (peribahasa cincai). tidak sempat aku tido lena, abg2 MB suruh keluar bilik. Beratur di dataran tar. Ada org buat hal rupanya. Kes merokok lagi. Disebabkan itu, org yg x bersalah pun kena. Berdiri la aku bersama org yg tak bersalah. Pesalah2 kena marah, (kami pun kena marah jugak). Kaki aku dah lenguh, ngantuk lagi, pastu kena marah pulak. Memang penat mendengar bebelan MB.tengah2 bebelan itu, sorang MB pengsan, sebab x cukup tido dan tak makan. Kesian kt dia, sebab nak buat prgm tu, sampai pengsan dia dibuatnya. Sampai kul 2 pagi (kalu x silap). Pastu tido, tapi kena bangun kul 5 pagi. 3jam je tido.

29hb:
~bangun kul 5 pagi, ada org kejutkan. Mandi siap2, g solah. Selepas subuh ada sedikit pengisian ngan abg2 yg aku respek, abg2 MB yg islamik. MB yg lain cam hampeh.
~pastu ada ceramah kat dewan. Kena jalan kesana, begitu juga dgn balik.
~ada ceramah pasal ape tah. Tapi yg aku ingat tahu mengenai bangsa melayu, kenegaraan, ucapan2 umum dan kadang2 mcm ceramah politik.
~malas nak ulas benda2 yg sama. terus ke 30hb...

30hb:
~Hari yg sama juga.... makan, tido semasa ceramah, dengar sikit ceramah,
~pada malamnya ada cerita sikit mengenaik kokurikulum ber credit.
~tido cam biasa.

31hb:
~hari ini (31hb), adalah hari terakhir aku punya orentasi. Seperti biasa soat subuh dan tazkirah emosi by 2 abg islamik. Aku bukan taknak nangis, tapi dah biasa sangat aku tengok video tu. Tapi nangis la skit, rai majlis yg baik. huhuhu.
~makan, kemudian berkumpul di surau. Ada luahan sikit oleh abg2 MB, biasalah hari last. Pastu suasana emosi menyelubungi, dan aku rileks je (hati batu). Lepas habis luahan dan harapan oleh abg2 MB, kitorang buat salam dalam bulatan seperti yg biasa dilakukan di KTD. Tapi ada yg salam biasa je (bukan salam semut).
~habis sesi tu, kitorang ada sesi ceramah lagi di dewan. Kena jalan lagi (mungkin naik bus kut). Di dewan ada penyampaian oleh naib canselor (aku pun tak tau cancelor ti ape, uhuhuhu). Dengar je la. Pastu ada jemputan istimewa, iaitu Pak Lah Badawi utk memberi ucapan. Aku tersengguk banyak kali dengar ucapan dia.
~kemudian makan d Perindu. Kemudian solat dan pergi ke dewan utk slot motivasi pulak.
~Aku tak kenal mativator tu (x ingat nama), tapi penyampaiannya ok la.
~selepas penyampaian motivator tu ada jemputan khas lagi, iaitu Nazree Johani. Penasyid Pendakwah yg aku kagumi. Dia pun bagi motivasi jugak. Walaupun agak bosan dengar motivasi yg x rasa macam motivasi, tp ok la, sebab dia ada nasyid skit. huhuhu. (mungkin tak biasa lagi memberi motivasi).
~pada petangnya ada perlawanan bola, kitorang (yg tak main), jadi penonton je. Tapi tak solat Asar lagi (g stadium pkul 3 lebih). Tengok permainan yg membosankan. Aku tengok jam menunjukkan 6.30 ptg dan game masih belum tamat lagi. Aku jadi gelisah sebab tak solat asar lagi. Selepas diberitahu nak solat Asar baru abg2 MB melepaskan kami ke Asrama utk solat. Itu pun kena tunggu lagi sikit. Game x habis lagi. Abg2 MB rileks je kat padang, kitorang balik. Dalam hati bersangka buruk lalu berkata "abg2 MB ni tak nak solat Asar ke?".
~Jadual adalah secara free flow, tapi masih kena tepati masa. Aku solat Asar secara gopoh, kemudian mengambil pakaian, dan terus makan laju2. Dah pukul tujuh baru aku nak mandi. Aku solat jemaah, tapi masbuk. Memang kalut gile.
~pada belah malamnya. Kena pergi ke dewan. Cam besa, kena jalan (lari la jugak). Malam ini adalah malam kebudayaan. Setiap kolej perlu buat persembahan tersendiri. Aku jadi penonton je. Malas aku nak ulas panjang2, apa yg patut korang tahu ialah persembahan diorang tu memang tak syarak. Penuh dengan tarian nyanyian dan sebagainya. Aku bersabar je lah dgn suasana begitu walaupun dalam hati tetap tidak redho. Part yg paling best ialah, part dikir barat oleh perindu. Dia punya tukang karut tu dari kelantan, dan bagi aku,dia memahami islam dengan baik. Ok la sebab intipati yg disampaikan itu bagus. (ketika itu baru aku tau bahawa tugas tukang karut adalah spontan).
~kemudian ada pesembahan oleh budak lama uitm. Nyanyi pastu joget. Aku dah naik jijik dalam suasana begitu, laki pompuan, bertudung tak bertudung, bercampur gaul, menari2 tanpa ada rasa berdosa.
~kemudian abg PM buat sesi emosi pulak. Boring aku, dah lah aku dah beku dalam tu (aircond sejuk gila).
~lepas habis balik Asrama, ada sedikit supper, kemudian abg MB, brief skit mengenai cara nak keluar, perlu naik bus ape dan sebagainya.
~pukul satu aku tido tanpa online.(sebelum tu solat isyak).

Begitu lah kisahnya.... Maaflah buat pembaca jika ia tiada gambar utk post dairi kali ni, sebab malas nak tangkap gambar.

pengajaran:
1. Apabila pemimpin yg tidak mengikuti syarak memimpin, maka program yg dijalankan mesti ada saja yg tidak syarak. Walaupun ada sebeberapa abg MB yg bagus (3 org je mengikut pandangan aku), ia tidak mampu menguasai sebab ramai yg MB yang tidak mengikuti syarak.
2. Walaupun kita terpaksa membuat perkara yg tidak syarak, hati mestilah tidak meredhoi nya. Jika anda meredhoi, anda adalah golongan mereka.

Harapan:
1. Moga aku tetap dgn islam. Moga aku menjadi seekor ikan di lautan masin. Sentiasa berasa tawar isinya, walau berada dipersekitaran masin jahiliyah.
2. Moga dgn perubahan suasana, aku mampu menjadi lebih kuat dan meningkat, dan tidak jatuh menurun.
3. moga aku melakukan sesuatu utk masyarakat2 disana.
4. doakan aku wahai pembaca sekalian. Doa anda menguatkan aku dijalan kebenaran. Amin...

p/s: keesokan harinya (sabtu) aku demam, sebab panas sejuk-panas sejuk yg aku jalani. Panas sebab kena jalan ke dewan. Sejuk sebab dewan cam peti ais.

sekian shj utk kali ini.... assalamualaikum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...