Wednesday, August 10, 2011

Mengambil Pengajaran dlm Kenangan

Assalamualaikum, dah lama x update Diari. Sebelum saya ingin membersihkan sawang disini, saya nak buat peringatan sikit. Anda tidak digalakkan follow blog ini. Sebab blog ini lebih kepada Diari saya. Kurang ilmu dan manfaatnya. Saya tahu kebanyakkan yang follow disini, sebab saya letak komik. Tapi, sebenarnya, saya akan letak juga komik di laman utama saya. Jadi kalau anda tak follow sini (follow disana) anda tetap akan dapat updated komik yang saya buat. Ok, harap maklum :)

Kenangan di langkawi (reunion batch gen 12)

Hari itu pada tarikh 21 julai 2011, ada diadakan reunion Taman Islami batch gen 12.
Mulanya
Pada mulanya, saya tidak mahu pergi sebab ada beberapa konflik yang tidak menyedapkan hati saya untuk pergi. Tambah pula ada sahabat saya yang saya rindui bertemu tidak dapat hadir. Tambahan lagi reunion itu mahal giler... Namun selepas dipujuk sahabat UIA saya, saya rasa kena pergi. Kemudian sahabat UIA saya tu pujuk 2 org sahabat saya (yg dirindui tu) sekali utk p. Dan dorang pun akan pergi jugak. Jadi saya pun nak pergilah. Takpe lah harga mahal pun, asal dapat jumpa dorang (2 sahabat tu) pun dah cukup buat saya gembira.

Di Taman Islami
Kami dari 3 org dari gombak bertolak  ke Taman Islami pada hari khamis 20hb. Rancangannya berkumpul di Taman Islami. Sampai sana jumpa sahabat lain. Di kesempatan tu kami sarapan di kantin, dan berjumpa Murobbi2 legend di taman islami. Gembira tengok mereka masih sihat. Sementara menunggu rakan2 yang lain berkumpul di Surau Taman Islami, saya tido dulu. haha. Awal-awal lagi dah lari dari tentatif. Kami akan pergi langkawi pergi dengan 1 Van dan 1 Kereta. tapi sahabat yang bawak van tu lambat sampai ke taman islami. Jadi kami bertolak lewat.

Di pelabuhan
Samapai di pelabuhan, kami beli tiket feri pkul 1.30 (kalau x silap). sambil menunggu dapat pulak berita ditangguh sampai pukul 2. Kami pergi makan tengah hari dulu. Kemudian naik feri dengan teruja (huhuh). Tengok cerita ombak 3 dalam feri. Rasa boring tido. (tak sedar berapa lama perjalanan)
Sampai di Kuah
Kami tunggu Van yang disewa. Dan mintak lagi satu van dengan pakcik sahabat yang duduk disana. Bertolak ke kondo. Besar gak Bilik tu, Kami sumbat 15 orang sekali dalam tu, hahaha (bujet jimat). Kami rehat2 dulu.
aik.. tiba2 gambar cable car.. (abaikan)
Aktiviti pertama
Aktiviti yang pertama kami ialah mandi. Mandi di pantai cenang (kalau x silap), sebab x jadi mandi di pantai tenggkorak. Jauh gak. tapi enjoy je. Mandi je la. Mandi sampai senja. Ada sahabat yang Photografer, mula tangkap gambar membelakangkan scene senja. Saya x berminat, terus mandi. Kami berada disana sampai gelap. haha. Pastu bujet ondaway balik, solat dalam perjalanan. Dalam perjalanan ke masjid berdekatan, ada sahabat tinggal jam, van kami patah balik, van lagi satu terus perjalanan. Alhamdulillah jam sahabat tu dijumpai. Disebabkan kelaparan, dalam ondaway, kami beli makanan di pasar malam yang berdekatan dengan masjid. Sampai kondo, makan dan tido.

22hb Sabtu hari kedua
Ada sahabat yang akan datang lagi pada hari itu. Ada sahabat pergi amik dorang kat Kuah. Sebahagian yang lain duduk di Kondo. Aktiviti hari ini ialah Island Jump (entah betul entah tak, tp maksudnya pergi pulau ke pulau). Pakej biasa, naik bot pergi Pulau Dayang Bunting.

Pulau Dayang Bunting
Ondaway kami tengok bukit yang nampak cam orang bunting. Pastu g pulau tu. Nak mandi kat sana. Saya tak beberapa boleh nak berenang. Air dah la dalam 10 meter. Pergh seram. Tapi boleh sewa jaket terapung tu. Rm5. X kisahlah yang penting saya dapat mandi, huhu. Panas kot.

Bird Feeding
Dah puas mandi. naik bot pergi tengok helang pulak. Agak teruja. Helang memang cantik. Boleh tengok camne ia menyambar makanan kat permukaan air. Lawak pun ada, kagum pun ada. Nice...

Pulau (yg saya x ingat namanya)
Kemudian kami pergi satu pulau. Airnya jernih. Disitu kami santap. Makan tengahhari. Pastu aktiviti mandi lagi dalam pantai yang jernih. Dalam air tu ada sahabat bagi idea utk buat sesi taaruf status dalam air. Jadi semua cakaplah status dan apa yang dia buat sekarang ni. Updated maklumat sahabat2.

Aktiviti melompat2 tamat, dan kami balik dalam keadaan saya nak terkucil. Terpaksa menunggu dalam van sampai tiba di satu Masjid. Dorang bantai mandi kat sana, perg memang best. Dah bilas, kami solah terus jamak qasar dalam masjid.

Kabel Car
kawan sape la ni...

cover gayat la tu


jambatan seram


Ni agak baru bagi saya. Pengalaman naik Cabel Car. Perg, kena beratur panjang giler. Barisannya berpusing-pusing. setengah jam tunggu baru bleh naik. Tapi puas. Seram kot. Tapi subhanallah, cantik pemandangan. Kemudian kami naik jambatan yang agak menyeramkan (kat atas tu). Segar sungguh udaranya. Subhanallah.. Kami duk kat situ sampai hari gelap. Memang lama. Bagi berbaloi sikit beratur panjang. Time senja tu kami buat sesi gambar. Memang terbaik. Group kami adalah pelancong yang last turun.. hahaha
balik ke Kondo

Malamnya
Dorang plan nak makan besar. Kumpul duit. Cari kedai. Pastu makan ikan 3 rasa. Alhamdulillah kenyang walaupun x beberapa sedap. Balik tido. hehehe...

23 julai 2011

Hari yang kami akan bertolak balik. Pagi tu mandi kolam dulu kan Kondo. Perg, mata merah sebab klorin banyak.

Shopping
Macam biasa kalau ke langkawi x sah kalau beli sesuatu. Saya tak tau nak beli apa, saya pilih jela coklat-coklat yang ada tanda halal. (toblarone x de tande halal, woi!!). Sikit je tak banyak cam dorang. Pastu pergi ke Kuah. Bertolak balik naik feri sambil tengok cite ombak jugak. -.-'

Petang tu berada di taman Islami. Dalam keadaan demam suam2 kuku, nak bagi brg kat adik yg belajar di taman islami. Kemudian ada berlaku masalah sikit. So saya malas menyusahkan keadaan, saya ikut jela sahabat yang sudi nak tumpangkan rumahnya. Akhirnya saya balik ke rumah Sahabat rakan kelas seni saya dulu di Pulai, Kedah. Sampai rumah dia malam. Tido.

24 hb
Berada di rumah sahabat tu. Sarapan disitu. Kemudian keluar pergi bgeli tiket. Ingatkan dekat je, rupanya jauh jugak... Nun kat Butherworth, Pulau Pinang! Tertido aku dlam keta. haha. Beli tiket kat sana. Tiket amik pukul 12 tengah malam.

Mandi lagi
Kemudian setelah balik rumahh sahabat tu balik, untuk megisi masa yang ada, dorang buat rancangan mandi di sungai! Sahabat yang duk kat kedah tu rajin benor dia datang Pulai nak amik kitorang g mandi tempat dia. Terharu. Ondaway tu beli makanan sikit. Jauh jugak. Sampai sungai, mandi. Pastu belajar berenang dengan sahabat (yg bawak kami mandi tu). Best. Dah lama nak belajar berenang. Setelah mandi, terasa gatal2 badan. Air dia ada something kot, 9tp smentara ja). Kami pulang.

Dibelanja makan Cha Kuew Tiaw
Malam tu pulak kami terus siap2, packing beg. Lepas isyak je terus keluar g rumah sahabat yang duk di kedah tu (yg bawak g mandi sungai tu). Sampai dirumah sahabat tu, kami g solat dulu di Masjid. Kemudian pergi makan cha Kuew Tiow... Lagi sekali terharu. Sanggup belanja kami. Sya tak kuar duit pun semasa disana (kecuali beli tiket).

terima kasih :)

Balik
Pastu saya dan sahabat putrajaya saya balik. Bus pukul 12 malam. Kami sampai pkul 11 kat stesyen tu. Jadi kami rehat dulu dalam keta (lama wo). Dah pukul 12, kami ke tunggu bus di bangku. Lama jugak kami tunggu bus. Pukul 1 baru tiba,. Kami balik, dalam perasaan terharu. huhu.

Pengajaran.
Saya tak mau panjang2 cite. saya bg link je ape yang shbt ni ckp pasal Reunion itu.
Semoga perjumpaan kita semua, mengundang keredhoan Allah. Nice to meet u all.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...