Monday, December 20, 2010

Busy Disember (1)... Abangku Kawin

Catitan terkini utk bulan ini ialah Busy Disember...
pada bulan disember ini telah dan akan mencatat pelbagai peristiwa... Lantaran daripada banyak peristiwa berlaku dan akan berlaku, maka sibuklah aku Disember ini.

Diantara yg peristiwa yg telah berlaku...
10hb mencatat peristiwa besar dalam Family aku. Abangku menikah. Aku tak mau ulas panjang2... beginilah butirannya..
click utk meneruskan pembacaan
9hb: Sepatutnya tarikh kitorang nak g sana, namun sebab ada masalah teknikal sikit, kami bertolak ke perlis keesokan harinya. Ababg aku yg kedua tak mampu ikut sekali kitorang. Sebab penat nak drive setelah habis programnya di satu tempat. Biasalah pelajar medic. Namun yg suruh tak datang ialah ummiku. Sebab kesian kat dia.  Jiran sebelah aku sudah pun bertolak pada hari itu (9hb). Pelik, sape nak kawin ni, sebenarnya... huhuhu.

10hb: Pukul 4 pagi kami sudah bangun utk bersiap. Kami bertolak sebelum subuh lagi. Sampai kat sana lebih kurang pukul sepuluh. Kami tinggal di rumah tamu, berdekatan dgn rumah pihak perempuan (satu taman). Pada malamnya, berlangsungnya majlis akad nikah, di masjid sebelah SMKAP. Sekali lafaz sahaja, abangku sudah hilang pangkat bujangnya.  Jumpa gak geng abg aku spt naiem n wendy. Habis majlis pkul 10mlm kut. x pasti. namun yg pastinya aku mahu tido selepas balik majlis akad tu.

11hb: pukul 9.30 pagi berlangsungnya kenduri di rumah pihak perempuan. Beraraklah kami ke rumah diorang. Termasuk orang yg berarak adalah, adik-beradik belah ayah ku punya keluarga, jiranku, dan juga termasuk keluarga belah jiranku. Aku makan sampai kenyang gile. Lauk nya ialah daging, daging dan daging. Namun perutku tetap berselera. Keluarga aku makan kat tmpat spesial, tapi aku makan diluar. huhuhu, Time diorang bergambar, takde la muka aku. Aku tengok meriah gile diorang menangkap gambar. Aku pun dah naik bosan melihatnya.
selepas kenduri tu, (kira2 pukul 1 tgh hari), balik rumah tamu dan berehat sebentar. Pukul 5 (lebih kurang) ptg, kitorang g balik KL. Sebab ayahku ada kerja yg perlu diselesaikan di pejabatnya. Jadi, penat ke tak penat, redah je la. Pada mulanya adikku yg drive. Namun selepas kul sebelas mlm, adikku dah ngantuk. So, aku ganti.Yang kete ayah aku pulak, ayah aku je yg drive. Kesian ayahku. Mesti penat gile. Sampai rumah pukul 4 pagi (lebih kurang).

12hb: Aku dan adikku tido, puas2 (slps solat subuh).

Begitulah  al kisahnya pernikahan abang ku yg sulung. Perasaan aku takde lah gembira sangat, rasa cam biasa je. Lainlah kalau aku yg kawin, huhuhu.Semoga dgn perkahwinan abang ku ini, tertutuplah pintu dosa hati.

Namun pelbagai tugas aku perlu laksanakan, walaupun sudah balik KL. Mengemas rumah. Sebab kenduri bagi pihak lelaki akan berlangsung 25 hb ini. Jadi sememang busy la aku ini.
oklah, nanti saya cerita lagi dalam episod Busy Disember ini.

No comments:

Post a Comment

jika anda adalah Anonymous Users, sila letakkan nama/nama samaran anda (kalau boleh).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...