Kalau haritu ana (aku) ada kata "konvo mengerah seluruh tenagaku". Maka tarikh 21hb November 2010 adalah lebih daripada itu. Betul2 mencabar kudratku yang kering ini. huhuhu
pakcik2 yg bekerja keras |
Hari itu dalam sejarah, sahabat selangor area gombak buat kenduri ala2 'no catering'. dalam bahasa ringkasnya secara gotong-royong. Cam kat kampung tuh... Rancangannya, kalau kenduri ni berjaya, mungkin pada masa hadapan akan buat lagi.. siapa tahu.. huhu
click utk meneruskan pembacaan
Kenduri ini adalah kenduri kawin ana...................... punya sahabat, punya kakak yang berlansung pada 22hb November 2010. mari ikuti rentetan catatan sejarahnya.
p/s tulisan bewarna biru menandakan ilmu yg ana dapat.
21 hb:
Bujet nak tolong pukul 3 ptg. Nak sembelih lembu. Namun, rupanya sembelih lembu di Uluyam, tempat dimana lembu itu dibeli. Jadi ana pun rileks r dulu kat rumah (tido), selepas penat bershoping dengan family.
lepas asar kami pergi ke rumah sahabat ana tu (tempat kenduri dijalankan). Kami anak beranak yang lelaki (kecuali hazmi n syafiq) pergi la menolong. Sampai2 kat sana, ramai dah rupanya yang datang. Sedang memotong daging dan basuh ayam.
Ana diarahkan utk membasuh ayam. Caranya ialah
1. membubuh tepung didalam periuk yang ada ayam.
2. bubuh air dlm periuk berisi ayam tu.
3. buang lemak ayam dan organ dalamnya.
uwek... hanyir baunya.. |
ayam yg siap diproses |
Lepas solat maghrib, sambung balik kerja membuang lemak ayam. Akhirnya isyak pula menjelma. Solat isyak dulu, kemudian sambung kerja sampai siap. Lama tu nak siapkan satu periuk ayam. Ibu jariku dah sakit2. Lepas siap cuci ayam, tolong sikit potong daging (yg hampir nak siap). Pastu siap lah kerja potong daging dan cuci ayam.
Untuk pengetahuan pembaca, Pakcik Syahrin telah dilantik sebagai ketua chef. Bab-bab masak dia akan jadi ketua. Bujet untuk beri makan untuk kenduri ialah sebanyak 2000 org (tuan rumah punya bujet). So... Chef perlu bujet bahan yg perlu untuk bagi makan 2000org. Kaum ibu atau hawa (sebab x semua yg dah kawin) ditugaskan dalam penyediaan bahan, seperti bawang blend (putih dan besar), cili blend dan sebagainya.
kaum hawa |
mengopek petai |
petai! |
tangan berapi |
memotong cili kering sambil menyembang dgn makcik2 |
1. potong bahagian bawah (bhgn akar) bawang putih.
2. kemudian, guna bahagian tepi pisau, letakkan diatas seulas bawang putih (yg telah dipotong bawahnya)
3. ketuk bawang tu dengan tangan (pisau),
4. pastu dengan mudah anda kopek je guna tangan, kerana kulitnya telah terpisah dengan isi.
Kalu x paham step 2 dan 3, dengan mudah cerita, ketuk (penyek) je bawang tu. Jangan bagi hancur sangat sudah la.
Semasa proses potong bawang tu, ramai dah penat.bahan yg siap di blend |
bawang putih blended |
mengacau rempah |
smbungn akan dtg (penat menulis)...
No comments:
Post a Comment
jika anda adalah Anonymous Users, sila letakkan nama/nama samaran anda (kalau boleh).