Pada tarikh 7 Oktober (kalau tak silap) 2010, Ayah aku suruh bukak internet untuk tengok keputusan interview, bagi mereka yang meng'apply' kos Seni Bina. Yang borang diisi pada bulan September (x ingat tarikhnya).
Dan aku lah orang yang memohonnya. huhuhu... Dan ini keputusan yang agak berisiko utk dibuat. Sebab aku merupakan dari jurusan Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan. aku nak ceritakan dulu camne aku boleh mengambil keputusan drastik ini....
Aku grad Diploma akaun ni dengan mendapat CGPA, 2.85 sahaja. Keputusan ni takda teruk sangat, cuma ia hanya 'biasa-biasa' saja. Dan sebenar dalam jiwaku ini, rasa macam tak sesuai dengan ilmu akaun nih. Cam tak masuk je. Pening dan Pelik. Namun aku memilih kos akaun ni dulu, sebab ketika aku kurang matang sikit dalam membuat keputusan. Yelah, asalkan dapat sambung KTD, aku amik je kos yang ditawarkan (please dont try this at home, huhu).
click utk meneruskan pembacaan
Pada awalnya aku nak pilih kos Pengurusan sahaja, tapi ayah aku memberi cadangan amik akaun sebab aku pernah amik akaun ketika SPM dulu. So... aku ikut je lah tanpa memikir lebih panjang. Sebenarnya subjek Prinsip Akaun yang aku amik SPM dulu, dapat gred 7D saja. huhuhu. Pelik-pelik. Memang aku lemah la bab akaun. Kelas akaun semasa SPM dulu pun, selalu je aku tido dalam kelas (tu yg dpt cemerlang tuh). huhuhu.
Tapi kisah dulu. aku tak nak peristiwa itu berulang lagi. Jadi aku buat keputusan untuk tukar je bidang. Kawan aku cakap nape tak tukar je kos dulu-dulu. Aku kata "rugi la dah belajar lama-lama, pastu tukar gi kos lain". Alasan yang agak pelik, but its me. Bila dah habis diploma, memang dah rancang awal-awal nak tukar bidang lain, tapi tak timbul lagi dalam kepala nak amik seni bina. Rancangannya nak amik degree dalam pengurusan.
Tapi pada suatu hari, ayah aku bagi cadangan amik seni bina. Aku pun 50-50 je ngan cadangan tu. Tapi bila dah solat istiqoroh dan solat hajat, aku mengambil keputusan mengambil seni bina. Aku pikir jugak kalau amik bidang pengurusan, mampukah aku membuat yang terbaik. Aku dah lah malas membaca. Yang aku minat pun benda yang berkaitan matematik je pun. Aku bercita-cita nak menjadi usahawan, tapi kalu org yang tak lepas SPM pun boleh jadi Usahawan. Begitulah ceritanya bagaimana aku mengambil keputusan yang pelik ini...
Jadi sambung balik cerita interview....
Bila aku cek internet pada 7 hb, aku dijemput untuk pergi interview pada 16hb, sabtu. Dalam penyataan itu, dia ada suruh bawak pencil dan pemadam, dan kalau ada portfolio seni itu kalau boleh bawak (optional). Aku nak bawak portfolio seni tu, tapi benda tu ada kat sekolah aku yang lama. Pastu aku minta tolong kawan aku suruh mintak tolong sapa-sapa kat sana post kan benda tu ke sini. Kawan aku pun suruh lah, budak STAM postkan.
Bila tarikh interview itu menjelma, aku masih tak dapat lagi portfolio itu. Sedih betul. Kalau ada bende tu, chance nak dapat tu tinggi la sikit. Pada pagi interview tu, aku bertolak awal ke UITM shah alam (tak sarapan pun). Hati aku dah berdebar, makan pun tak beberapa nak lalu (walaupun lapar la jugak).
Temuduga Seni Bina tu terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian pertama adalah lukis, bahagian kedua Temuduga oleh 2 orang panel. Sesi pertama adalah lukis. Sesi itu berlangsung selama satu jam. Pemohon dikehendaki melikis objek-objek yang diletakkan didepan atau ditengah dewan. Lukis mengikut pandangan masing-masing. Dan yang menariknya tidak boleh menggunakan pembaris. Aku baru je nak keluarkan pembaris. huhuhu. Sebelum tu aku nak bagitau objek yang diletakkan tu ialah bongkat berbentuk kuboid dan dadu, dan bola plastik. Objek itu disusun mengikut susunan tertentu. Aku melukis macam biasa, dan aku siap awal sikit dari pemohon-pemohon yang lain. Sebab aku malas nak shading banyak-banyak. Aku dah la tak beberapa nak reti benda shading2 ni. Karang makin buruk pulak jadinya. Aku tengok-tengok la sikit, orang lain lukis. Takde la cantik sangat. Aku punya lagi cantik. Dalam hati terasa bangga pulak. Tapi reaksi aku biasa je. Padahal dalam hati bongkak sikit.
Sesi pertama tamat. Lepas tu kena menunggu giliran untuk di temuduga. Perg... Inilah sesi yang aku paling tak suka. Aku ni jenis gugup dan inferior tinggi. Debo je tunggu. Semasa tengah tunggu giliran, ada call dari kawan aku. Dia kata portfolio tu baru sampai. Dalam kepala aku, rasa rugi je. Aku dah ada kat UITM, kalau nak amik tu memang tak sempat la. "Takpe la, benda tu optional je", hati ku bermonolog menenangkan pikiran serabut. Tiba lah giliran aku. Dia speaking pulak. Aku dah cuak sero. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dia tak mintak pun sijil yang aku bawak. Yang dia mintak ialah bukti minat terhadap seni. Aku tak bawak portfolio tu. Pening jugak aku pkir, nak buat camna lah ni? Last kali aku teringat satu sijil yang ada logo AMASS yang aku cipta untuk kelab akaun tu. Aku tunjuk je benda tu. Pastu dia tau aku ni 'pelajar matang' (bukan lepasan SPM). Dia tanya pasal Seni Bina. Adess... aku mana tau seni bina ni. Tak buat reseach pun tentang tu. Dia tanya pasal bangunan yang pernah aku lihat. Yang aku ingat UIA gombak tu je. Yang lain tak keluar pun dalam otak aku. Dia tanya pasal satu arkitek yang aku pernah tau. Aku pun tak tau. Padahal selepas interview tu baru aku ingat aku pernah pergi ISTAC semasa rombongan AMASS ke Kuala Lumpur. Adess.. menyesal gile aku. Arkiteknya pun aku tau, tak silap namanya Syeikh Naquib Al-Attas. Tapi aku tak terpikir semasa interview tu. Apa nak buat nasi sudah jadi hangit. Kalau jadi bubur masih boleh makan, kalau jadi hangit makan pun selera.(karbon x baik utk kesihatan). Tapi apa yang positive semasa interview tu ialah lukisan sesi pertama aku tu. Dia kata cantik. Itu je la yang aku rasa ok pun.
Dah habis Temuduga tu, ingat ke dah tenang sikit jiwa. Tapi makin teringat-ingat di kepala aku penyesalan. "Kalaulah aku bawak porfolio tu", "kalaulah aku jawab camni camtu". Makin pening aku dibuatnya. Memikirkan samada dapat ke tak seni bina tu. Kalau tak dapat, nampak gayanya, lama lagi la aku mengangur. Dan kalau tak dapat, rancangannya nak apply pengurusan je lah. Harap2 dapat Seni Bina tu...
Bagi aku untuk dapat Seni Bina 50-50 je. Spoil tang temuduga tu je lah.
Bagi aku, ada hikmah disebalik kejadian tersebut.Yang aku patut amik iktibar ialah
1. Jangan buat keje 'last minutes'. (peristiwa portfolio tak sampai sebab tu la)
2. Jangan mengambil mudah
3. Jangan bangga sangat apa yang kita ada.
4. Jangan makan nasi hangit (x de kaitan)
Apapun saya berharap pelawat2 blog ni doakan utk saya, agar dapat Kos Seni Bina tu.
Kalau dapat, aku nak pastikan aku buat yang terbaik, taknak jadi macam dulu. Walaupun aku tahu bahawa kos ni memang perlu sibuk dengan projek. Harap ia sesuai dgn jiwa ini.
Tapi kalau tak dapat, Redho je lah...
.::wAllahua'lam::.
sedihnya saya baca sambil diiringi dendangan lagu sedih ni
ReplyDeletebaguslah dah jumpa ngan bidang yang diminati
saya sentiasa doakan kejayaan penulis
jangan lupa doakan gak saya deh dapat masuk uitm gak
semoga kita boleh menyumbang kepada islam
insyAllah
mR.....S
sekiranya ... allah mengkehendakan anda memperolehi nya ... jgn kuatiri ... disitu la rezekinya ...
ReplyDeleteall the best .... yg pasti keputusan anda utk ambik kos ne amat lah berat ... pe2 think positiv
Terima Kasih buat Anonymous...
ReplyDeleteassalamualaikum. portfolio tu mcm mana nak buat eh?
ReplyDeleteThanks and that i have a keen provide: Where Is Charlotte Church House Renovation home renovation services near me
ReplyDelete