Tuesday, December 21, 2010

Kem Minda Kreatif...(Busy Disember2)

Salam, Selamat bertemu kembali dalam Edisi Busy Disember


Selepas habis pernikahan abangku di Perlis, minggu depan akan terisi lagi hariku dengan program.17hb hari jumaat, menggamit hati dan perasaanku. Pada tarikh tersebut berlangsungnya Kem Minda Kreatif untuk Wilayah Tengah. Memang best. Jom ikuti rentetannya.

barisan urusetia dan fasilitator perempuan

urusetia dan fasilitator lelaki
click utk meneruskan pembacaan
16hb: Aku dan sahabat lain yg menjadi Urusetia dan Fasilitator bertolak ke Kem Paya Indah. Kena pergi awal sebab perlu setting tempat kat sana. Pergi satu kereta dengan kawan adik aku. Pastu ada sahibah follow kereta kat belakang. Tak tau jalan pun, namun perjalanan perlu diteruskan, huhuhu. Awal perjalanan pun dah tersilap jalan, namun redah je. Sahibah ikut kami pun dah pening. Akibat silap jalan pada mula2, jalan jauh la kami, bertembung pelbagai tol yg setia menerima duit. Semasa hampir2 nak sampai, Kawan adiku silap jalan lagi. Plan nya nak jumpa kat masjid KLIA, namun terlepas jauh. Terpaksa pusing balik. Dan akhirnya sampai jugak di Masjid tersebut. Jumpa ngan penunjuk arah dan merangkap juga Pengarah kem itu. solat Asar dulu, pastu terus ke kem Paya Indah.
Sampai je kat sana terus buat kerja setting tempat. Yang jadi urusetia, dengan kerja urus-urusnya. Yang jadi Fasilitator dengan kerja fasi-fasinya. (aduh, panjang pulak story aku).
Malam pula menjelma, ada buat sikit mesyuarat bersama, kemudian bersambung dengan mesyuarat untuk Fasi sahaja. (p/s: aku jadi Fasi). Menyuarat Para Fasi berlanjutan sehinngga larut malam. Mataku kejap bukak kjap tutup. Selepas habis mesyuarat g tido.

kerusi manusia (sesi ice breaking)

17hb: Hari ini peserta akan mendaftar. So, It time to get busy (atau buat2 busy). Peserta yang kami jangka, telah mencecah 180 orang peserta (yang confirm nak dtg). So, kami dah budjet bahan untuk bilangan itu. Namun jumlah peserta kian bertambah sehingga mencecah 200 orang peserta!! Perg, dahsyat. Fail untuk peserta yang mendaftar, tidak mencukupi. Manakala asrama perlu ditambah satu lagi, menjadi kan bilangan asrama berjumlah 5 buat asrama. Memang diluar jangkaan, Subhanallah. Hebatnya promosi diorang untuk Kem ini. Untuk peserta gombak hanya sedikit yg datang.
~Kemudian, ada sesi penerangan oleh kem kom kita yang sangat bertenaga. Sesi tersebut untuk setting niat dan menerangkan tentang peraturan dan keselamatan. 
~Setelah selesai sesi penerangan, ada makan tengahhari, kemudian ready untuk solah jumaat di masjid berdekatan menaiki Bus (kita orang, naik kete).
~setelah solah, ada aktiviti Ice breaking. Bagi memecahkan rasa kekakuan dalam diri peserta. Kemudian azan asar berkumandang.
ulat gonggok
~Selepas solah asar, aktiviti berterusan ke Team Building dan Game yang mencabar sikit.
~Pada waktu malam ada pengisisan oleh .... (aku pun x kenal).
~akhirnya peserta g tido. Kemudian aku kena menghadapi sesi yg paling digemari, iaitu postmorterm. Asal nama sesi tu mesti sampai berlarutan malam. Aku kadng2 terlelap. Kemudian jadi emosi sikit time tu. Aku x boleh menerima tugas ketika itu. (maaflah). Antara isi posmotem nya ialah
1. masa: Game yang dirangcang sepatut nya 5, namun hanya mampu buat 2 sahaja.
2. kesusaian: Tajuk pengisian yg agak berat untuk peserta2 biasa.
3. dan lain2... (dah x ingat, huhu)
Untuk Fasi, membincangkan pasal checkpoint utk explorerace. (ketika tu aku sudah ngantuk dan emosi).
~balik tido...

senaman dulu

18hb: Inilah hari yang kemuncak. Hari yg mungkin dinanti2kan peserta. Iaitu flying fox dan kayak juga explorace. Pada belah pagi, yg lelaki akan main dulu Flayingfox dan kayak. Sahibah akan uat explorace.
~peserta lelaki akan dibahagi kepada dua kmpulan. Satu group akan main flying fox dan satu lagi main kayak.
~peserta2 nampak agak enjoy. Enjoy, enjo jugak, biarlah ia tarbawi... huhuhu.
~kul 10.30pagi, ada makan pagi, kemudian tukar group. Group yg main flying fox akan main kayak, dan begitu sebaliknya untuk group lagi satu.


Pada belah petangnya (selepas zohor) ada aktiviti explorace untuk peserta sahabt. Disebabkan aku tiada checkpoint yg dijaga, aku menyebuk la kat mana2 checkpoint yg aku suka.. huhuhu. Dalam setiap checkpoint ada game yg telah dirancang. Game2 yang dirancang itu bukanlah satu game yang kosong, namun penuh dengan pengajaran dan nilai murni bagi mencapai objektif program.



~Pukul 4 peserta diarah untuk pulang ke kem kembali. Kemudian aku dan sahabatku pergi bersiar2 di situ, mencari buaya di kandang buaya. Alhamdulilah jumpa jugak buaya yg terdekat utk dilihat. Namun buaya tu kecik je. Yang besar2 tak melepak kat tebing... tu yang x best tu. Sempat juga bergambar dengan badak air (hippo).
~pada (5.30-7.00 lebih kurang) petangnya, bagi masa untuk diorang membuat persembahan untuk malam kebudayaan selepas isyak. Group aku, (p/s: stp fasi ada group yg di pegang), membuat persembahan sketsa. Aku hanya bagi sekadar cadangan, yang lain diorang pikir sendiri. huhuhu.
~lepas isyak malam kebudayaan berlangsung. Macam2 gaya ada. Lawak, boring, dan pengajaran terangkum dalam malam tersebut. huhu. Setelah habis semua persembahan diorang, fasi pulak buat persembahan. Nasyid je. huhu.
~aku postmotem cam biasa then tido.

                                        
peserta yang agak ramai
19hb: macam biasa pagi2 solat subuh. pastu Ada sedikit pengisian oleh pakcik Aliman. Budak2 dah ngantuk aku tengok. (aku pun, huhu).
~kemudian diorang mandi, lepas tu ada sesi bergambar. Sesi bergambar untuk lelaki memang payah nak susun. Ramai gile. Kena buat beberapa lapis barisan. Peserta dan Fasi tidak dapat bergambar bersama sebab penuh sangat.
~pastu ada
~selepas zohor, ada Majlis penutupan. Last sekali ada penyampaian hadiah. Group yg aku pegang dapat nombor 3. Tapi hadiah semua sama. huhuu.
~pkul 4 (lebih kurang) sesi tamat. peserta solat asar dan balik.
~selepas kami dah bersihkan tempat. Solat asar, dan balik. (quran ku telah tertinggal disana)

Harapan: Semoga peserta2 yang hadir KMK, mendapat sesuatu yang boleh memberi nilai baik dalam diri. Semoga Allah memberkati mereka yang bersusah payah dalam melaksanakan Kem ini. WaAllahua'lam.

Monday, December 20, 2010

Busy Disember (1)... Abangku Kawin

Catitan terkini utk bulan ini ialah Busy Disember...
pada bulan disember ini telah dan akan mencatat pelbagai peristiwa... Lantaran daripada banyak peristiwa berlaku dan akan berlaku, maka sibuklah aku Disember ini.

Diantara yg peristiwa yg telah berlaku...
10hb mencatat peristiwa besar dalam Family aku. Abangku menikah. Aku tak mau ulas panjang2... beginilah butirannya..
click utk meneruskan pembacaan
9hb: Sepatutnya tarikh kitorang nak g sana, namun sebab ada masalah teknikal sikit, kami bertolak ke perlis keesokan harinya. Ababg aku yg kedua tak mampu ikut sekali kitorang. Sebab penat nak drive setelah habis programnya di satu tempat. Biasalah pelajar medic. Namun yg suruh tak datang ialah ummiku. Sebab kesian kat dia.  Jiran sebelah aku sudah pun bertolak pada hari itu (9hb). Pelik, sape nak kawin ni, sebenarnya... huhuhu.

10hb: Pukul 4 pagi kami sudah bangun utk bersiap. Kami bertolak sebelum subuh lagi. Sampai kat sana lebih kurang pukul sepuluh. Kami tinggal di rumah tamu, berdekatan dgn rumah pihak perempuan (satu taman). Pada malamnya, berlangsungnya majlis akad nikah, di masjid sebelah SMKAP. Sekali lafaz sahaja, abangku sudah hilang pangkat bujangnya.  Jumpa gak geng abg aku spt naiem n wendy. Habis majlis pkul 10mlm kut. x pasti. namun yg pastinya aku mahu tido selepas balik majlis akad tu.

11hb: pukul 9.30 pagi berlangsungnya kenduri di rumah pihak perempuan. Beraraklah kami ke rumah diorang. Termasuk orang yg berarak adalah, adik-beradik belah ayah ku punya keluarga, jiranku, dan juga termasuk keluarga belah jiranku. Aku makan sampai kenyang gile. Lauk nya ialah daging, daging dan daging. Namun perutku tetap berselera. Keluarga aku makan kat tmpat spesial, tapi aku makan diluar. huhuhu, Time diorang bergambar, takde la muka aku. Aku tengok meriah gile diorang menangkap gambar. Aku pun dah naik bosan melihatnya.
selepas kenduri tu, (kira2 pukul 1 tgh hari), balik rumah tamu dan berehat sebentar. Pukul 5 (lebih kurang) ptg, kitorang g balik KL. Sebab ayahku ada kerja yg perlu diselesaikan di pejabatnya. Jadi, penat ke tak penat, redah je la. Pada mulanya adikku yg drive. Namun selepas kul sebelas mlm, adikku dah ngantuk. So, aku ganti.Yang kete ayah aku pulak, ayah aku je yg drive. Kesian ayahku. Mesti penat gile. Sampai rumah pukul 4 pagi (lebih kurang).

12hb: Aku dan adikku tido, puas2 (slps solat subuh).

Begitulah  al kisahnya pernikahan abang ku yg sulung. Perasaan aku takde lah gembira sangat, rasa cam biasa je. Lainlah kalau aku yg kawin, huhuhu.Semoga dgn perkahwinan abang ku ini, tertutuplah pintu dosa hati.

Namun pelbagai tugas aku perlu laksanakan, walaupun sudah balik KL. Mengemas rumah. Sebab kenduri bagi pihak lelaki akan berlangsung 25 hb ini. Jadi sememang busy la aku ini.
oklah, nanti saya cerita lagi dalam episod Busy Disember ini.

Friday, December 3, 2010

Komik: Percuma?

Pelukis: Mr-IQ
Skrip: Buku Haluan edisi yg lama2 punya.
Tajuk: Percuma?
kalau x nampak tulisan, sila besarkan....

komik lama juga.. (zaman lepas SPM)

.::Semoga dpt mengambil iktibar::.

Monday, November 29, 2010

Kenduri Kawin (sambungan)

ok... ni sambungan cerita kenduri haritu (tengok post yg sblm ni..)
kerja-kerja-kerja

pada 22 hb november (AHAD) , iaitu tarikh kenduri kawin tersebut.
Mengikut rancangan pakcik2, sepatutnya pekerja (pakcik2) kena dtg tlg pukul 6 pagi, utk memasak. Sebab kenduri start pukul 11 pagi.

Awal pagi Ummiku sudah kesana. Kami sepatutnya kena dtg pukul 9pagi. Tapi aku tengok abg ana masih rileks lagi. Jadi ana pun buat rilek je r (padahal nak dekat pkul 9 dah). Ummiku call rumah suruh dtg cepat, sebab x de org yg dtg tlg lagi. Jadi abg ku yg kedua, pergilah bersama adikku yg lain. Tinggalah ana dan abg ana yg sulung. Kami pergi lewat skit.
click utk meneruskan pembacaan
Ingatkan nak pergi lewat sikit, rupanya jadi lewat banyak. Kitorang sampai sana pukul 11.45 pagi (lebih kurang la). Ana pergi sana dalam keadaan sudah siap mandi (ready nak makan, huhu). Sampai sana, sudah ada org yg dtg makan. Aku cek belakang rumah, tengok makanan sudah siap dimasak. Pakcik2 dan rakan2 yg lain masih tak mandi, sebab datang situ awal utk menolong. Malu aku sebab x dtg tolong pagi td. huhu.

Pastu apa lagi.. buat2 sibuk la mencari kerja utk tolong. Utk pengetahuan pembaca, terdapat beberapa kerja yg ada.
1. Basuh cawan
2. Basuh pinggan
3. Bersih meja.
4. Tengok makanan dan isi tray yg semakin berkurang lauknya.
tu keje yg lelaki je lah. yg bhgn perempuan ana pun x tau.

Ana sering bertukar2 kerja. Last skali amik job yg no 3 tu. Lama jugak buat kerja tu. Perg.. memang penat. Tak sempat nak duduk, mesti ada je meja yg perlu dibersihkan.

Pukul 1 tgh hari merupakan waktu kemuncak org datang. Ketika itu perlu buat2 sibuk la. huhuhu.
Pukul 2 dah kurang org dtg.
Pukul 4.30 kawan ana dari shah alam baru dtg.
Pukul 5 tutup kedai.

bila dicek balik makanan yg ada ternyata masih banyak lagi makanan x habis. Bujet utk 2000 org makan. Tapi yg dtg rasanya tak sampai seribu org. Mungkin sebab tarikh tu dekat dengan raya korban. Jadi org balik Kampung, dan terus stay disitu, memandangkan sambung dengan cuti sekolah. Sahabat2 Klang pun ana tengok x ramai yg dtg.

banyak yg perlu dibasuh
Setelah selesai kenduri tersebut, kena kemas meja dan kerusi. Budak KRS memudahkan kerja menyimpan meja dan kerusi. Tapi bila dijengok kembali dibelakang, banyak gila brg kena basuh. So, harus lah membasuhnya. Abg isam ada bg tips skit camna nak buat sistem basuh pinggan yg lebih efisyen. Guna 4 besen dan 1 bakul sampah.
1. pinggan yg kotor dtg, masukkan sisa makana dalam bakul sampah.
2. masukkan dalam besen yg berisi air sahaja, untuk membuang sikit minyak dan sisa.
3. masukkan dalam besen air sabun, cuci.
4. masukkan dalam besen air bersih utk membilas.
5. masukkan dalam besen air bersih utk bilasan yg kali kedua.
Kaedah itu digunakan supaya air sabun x cepat kotor dgn minyak, kerana telah ditapis dahulu dlm besen air yg pertama tadi.

Ramai pakcik2 dah balik time tu. Tinggal kebanyakan org muda sahaja. Membasuh lah kami sehingga pkul tujuh ptg. Time tu dah nak magrib. Jadi kami tinggalkan periuk2 besar kat tuan rumah utk membasuhnya. huhuhu. Kami pun balik. (p/s: kebanyakan periuk sudah dibasuh)
abg Hafizul yg sentiasa menceriakan suasana

Selepas dari kenduri tu. Ana tanya sahabat ana (tuan rumah), daging yg x habis tu nak buat apa?, katanya, masak daging tu sampai jadi serunding. Begitu jugak dgn ayam. huhuhu

kesimpulan

Sepanjang proses menyiapkan kenduri, sememang nya penat. Tapi bagi ana lah, ia amat seronok. Sebab..
1. bukan selalu dapat bemesra dgn pakcik sahabat.
2. ikatan ukhwah dapat dijalinkan sesama kita.
3. suasana tarbawi bersama sahabat2 tercipta.
4. bermesra dan bergurau senda, menghilangkan kepenatan. (walaupun utk seketika sahaja)
5. dan lain2... (x larat nak tulis dah)

Pengajaran yg dpt ana ambil dari peristiwa itu ialah...
1. Jgn membazir. Makanan yg tak habis, gunakan utk buat benda lain. Jgn membazir.
2. Perlu ikhlas dalam beramal, barulah dapat bekerja dgn baik dan berterusan.
3. Merancang dengan baik. Mengambil semua faktor utk merancang.
4. Memjangka segala kemungkinan, lalu cara mengatasinya.
5. Bantu membantu menyemai ukhuwah dan kasih sayang kerana Allah.
6. Udah-udah la tu.. bnyak sangat pulak...
Kalau boleh bnyak lagi yg mahu sy nukilkan.. tapi panjang pulak cerita jadinya.. sekian dulu utk kali ini.
-wassalam-

Sunday, November 28, 2010

Nikmat Terbesar


click utk meneruskan pembacaan


Kenduri Kawin

Assalamualaikum buat pelawat blog Mr-Iq yang boring ini,
Kalau haritu ana (aku) ada kata "konvo mengerah seluruh tenagaku". Maka tarikh 21hb November 2010 adalah lebih daripada itu. Betul2 mencabar kudratku yang kering ini. huhuhu

pakcik2 yg bekerja keras

Hari itu dalam sejarah, sahabat selangor area gombak buat kenduri ala2 'no catering'. dalam bahasa ringkasnya secara gotong-royong. Cam kat kampung tuh... Rancangannya, kalau kenduri ni berjaya, mungkin pada masa hadapan akan buat lagi.. siapa tahu.. huhu

click utk meneruskan pembacaan

Kenduri ini adalah kenduri kawin ana...................... punya sahabat, punya kakak yang berlansung pada 22hb November 2010. mari ikuti rentetan catatan sejarahnya.
p/s tulisan bewarna biru menandakan ilmu yg ana dapat.

21 hb:
Bujet nak tolong pukul 3 ptg. Nak sembelih lembu. Namun, rupanya sembelih lembu di Uluyam, tempat dimana lembu itu dibeli. Jadi ana pun rileks r dulu kat rumah (tido), selepas penat bershoping dengan family.
lepas asar kami pergi ke rumah sahabat ana tu (tempat kenduri dijalankan). Kami anak beranak yang lelaki (kecuali hazmi n syafiq) pergi la menolong. Sampai2 kat sana, ramai dah rupanya yang datang. Sedang memotong daging dan basuh ayam.

Ana diarahkan utk membasuh ayam. Caranya ialah
1. membubuh tepung didalam periuk yang ada ayam.
2. bubuh air dlm periuk berisi ayam tu.
3. buang lemak ayam dan organ dalamnya.
uwek... hanyir baunya..
itulah tugas kami (3 org rakan yg lain). Ana taktau la apa tujuannya letak tepung tu. Mungkin nak bagi tepung tu lekat kt lemak ayam tu, pastu senang nak buang lemak ayam tu. Wallahua'lam. Tapi itu yg pakcik buat, huhuhu. Kami buat kerja tu sampai maghrib menjelma. Banyak gila ayam tuh. periuk tu bukan kecik, besar dol.. (Ayamnya agak busuk sikit. Ummi saya kata mungki sebab ditinggal lama sangat. tp masih boleh dimakan la)
ayam yg siap diproses

Lepas solat maghrib, sambung balik kerja membuang lemak ayam. Akhirnya isyak pula menjelma. Solat isyak dulu, kemudian sambung kerja sampai siap. Lama tu nak siapkan satu periuk ayam. Ibu jariku dah sakit2. Lepas siap cuci ayam, tolong sikit potong daging (yg hampir nak siap). Pastu siap lah kerja potong daging dan cuci ayam.

Untuk pengetahuan pembaca, Pakcik Syahrin telah dilantik sebagai ketua chef. Bab-bab masak dia akan jadi ketua. Bujet untuk beri makan untuk kenduri ialah sebanyak 2000 org (tuan rumah punya bujet). So... Chef perlu bujet bahan yg perlu untuk bagi makan 2000org. Kaum ibu atau hawa (sebab x semua yg dah kawin) ditugaskan dalam penyediaan bahan, seperti bawang blend (putih dan besar), cili blend dan sebagainya.

kaum hawa
Pukul berapa tah ana x ingat, tapi waktu tu mmg dah malam. Kerja kaum hawa masih lagi ada yg x siap. Jadi kami kena tolong, takut habis kerja lewat. Kerjanya ialah mengopek petai. Perg... petai tu ada ulat (sebahagiannya la). Yang ada ulat tu dibuang la. takut ada pulak yg termuntah sebab makan kenduri haritu, huhuhu. Abg Isam berkata, kalau ada ulat tu tandanya pokok petai tu dibubuh baja, sebab bila bubuh baja, buahnya akan jadi manis.

mengopek petai
petai!
Selepas selesai kopek petai, dikatakan pula bahawa cili tidak mencukupi. Jadi kami bersama warga ibu/hawa, kenalah potong cili kering. Cili kering yg perlu dipotong ialah senanyak 3 bungkus!!!. Cili kering perlu dipotong bagi membuang bijinya, kurang la sikit bijinya nak dimasukkan dalam masakan. Tangan aku dah berapi (hiperbola) dah buat kerja tuh. Sebahagian yg lain potong bawang lagi.

tangan berapi
Selesai potong cili kering rupanya ada lagi kerja menunggu. Kena buang kulit bawang putih. Aiyoo.. penat tul. Tapi kami buat kerja dengan sabar (slow n steady, huhuhu). Disitu ana mengaplikasikan ilmu yg diajar sahabatku, Saiful Malik. caranya seperti dibawah.
memotong cili kering sambil menyembang dgn makcik2
1. potong bahagian bawah (bhgn akar) bawang putih.
2. kemudian, guna bahagian tepi pisau, letakkan diatas seulas bawang putih (yg telah dipotong bawahnya)
3. ketuk bawang tu dengan tangan (pisau),
4. pastu dengan mudah anda kopek je guna tangan, kerana kulitnya telah terpisah dengan isi.
Kalu x paham step 2 dan 3, dengan mudah cerita, ketuk (penyek) je bawang tu. Jangan bagi hancur sangat sudah la.
Semasa proses potong bawang tu, ramai dah penat.

bahan yg siap di blend
bawang putih blended
Lepas habis tu boleh la rilek sikit. Bantu la sikit kerja2 lain. Ada pakcik yg masih menyediakan rempah untuk kari daging. Aku tengok je la proses tersebut. Agak menarik, sebab bujet masak banyak. Kerja habis dalam pukul 3 pagi!!. Mmg mencabar. Ayah aku dan 2 adik beradikku telah pulang. Ana dan abgku kena tunggu ummiku yg belum selesai tugasnya. Sementara tunggu, tengok tuan rumah punya anak buat papan tanda kenduri (malam baru nak buat, huhu). Pastu pulang bersama 2 org makcik. Sampai rumah, pastu tido.
mengacau rempah

smbungn akan dtg (penat menulis)...

Saturday, October 30, 2010

Interview Seni Bina

Sebelum tirai Oktober dilabuhkan... Saya ingin mengingat diri saya dengan satu lagi peristiwa penting. Iaitu Interview Seni Bina yang dibuat seminggu sebelum konvokesyen. Pada 16 oktober 2010, hari Sabtu.

Pada tarikh 7 Oktober (kalau tak silap) 2010, Ayah aku suruh bukak internet untuk tengok keputusan interview, bagi mereka yang meng'apply' kos Seni Bina. Yang borang diisi pada bulan September (x ingat tarikhnya).
Dan aku lah orang yang memohonnya. huhuhu... Dan ini keputusan yang agak berisiko utk dibuat. Sebab aku merupakan dari jurusan Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan. aku nak ceritakan dulu camne aku boleh mengambil keputusan drastik ini....

Aku grad Diploma akaun ni dengan mendapat CGPA, 2.85 sahaja. Keputusan ni takda teruk sangat, cuma ia hanya 'biasa-biasa' saja. Dan sebenar dalam jiwaku ini, rasa macam tak sesuai dengan ilmu akaun nih. Cam tak masuk je. Pening dan Pelik. Namun aku memilih kos akaun ni dulu, sebab ketika aku kurang matang sikit dalam membuat keputusan. Yelah, asalkan dapat sambung KTD, aku amik je kos yang ditawarkan (please dont try this at home, huhu).

click utk meneruskan pembacaan

Pada awalnya aku nak pilih kos Pengurusan sahaja, tapi ayah aku memberi cadangan amik akaun sebab aku pernah amik akaun ketika SPM dulu. So... aku ikut je lah tanpa memikir lebih panjang. Sebenarnya subjek Prinsip Akaun yang aku amik SPM dulu, dapat gred 7D saja. huhuhu. Pelik-pelik. Memang aku lemah la bab akaun. Kelas akaun semasa SPM dulu pun, selalu je aku tido dalam kelas (tu yg dpt cemerlang tuh). huhuhu.

Tapi kisah dulu. aku tak nak peristiwa itu berulang lagi. Jadi aku buat keputusan untuk tukar je bidang. Kawan aku cakap nape tak tukar je kos dulu-dulu. Aku kata "rugi la dah belajar lama-lama, pastu tukar gi kos lain". Alasan yang agak pelik, but its me. Bila dah habis diploma, memang dah rancang awal-awal nak tukar bidang lain, tapi tak timbul lagi dalam kepala nak amik seni bina. Rancangannya nak amik degree dalam pengurusan.

Tapi pada suatu hari, ayah aku bagi cadangan amik seni bina. Aku pun 50-50 je ngan cadangan tu. Tapi bila dah solat istiqoroh dan solat hajat, aku mengambil keputusan mengambil seni bina. Aku pikir jugak kalau amik bidang pengurusan, mampukah aku membuat yang terbaik. Aku dah lah malas membaca. Yang aku minat pun benda yang berkaitan matematik je pun. Aku bercita-cita nak menjadi usahawan, tapi kalu org yang tak lepas SPM pun boleh jadi Usahawan. Begitulah ceritanya bagaimana aku mengambil keputusan yang pelik ini...

Jadi sambung balik cerita interview....
Bila aku cek internet pada 7 hb, aku dijemput untuk pergi interview pada 16hb, sabtu. Dalam penyataan itu, dia ada suruh bawak pencil dan pemadam, dan kalau ada portfolio seni itu kalau boleh bawak (optional). Aku nak bawak portfolio seni tu, tapi benda tu ada kat sekolah aku yang lama. Pastu aku minta tolong kawan aku suruh mintak tolong sapa-sapa kat sana post kan benda tu ke sini. Kawan aku pun suruh lah, budak STAM postkan.

Bila tarikh interview itu menjelma, aku masih tak dapat lagi portfolio itu. Sedih betul. Kalau ada bende tu, chance nak dapat tu  tinggi la sikit. Pada pagi interview tu, aku bertolak awal ke UITM shah alam (tak sarapan pun). Hati aku dah berdebar, makan pun tak beberapa nak lalu (walaupun lapar la jugak).

Temuduga Seni Bina tu terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian pertama adalah lukis, bahagian kedua Temuduga oleh 2 orang panel. Sesi pertama adalah lukis. Sesi itu berlangsung selama satu jam. Pemohon dikehendaki melikis objek-objek yang diletakkan didepan atau ditengah dewan. Lukis mengikut pandangan masing-masing. Dan yang menariknya tidak boleh menggunakan pembaris. Aku baru je nak keluarkan pembaris. huhuhu. Sebelum tu aku nak bagitau objek yang diletakkan tu ialah bongkat berbentuk kuboid dan dadu, dan bola plastik. Objek itu disusun mengikut susunan tertentu. Aku melukis macam biasa, dan aku siap awal sikit dari pemohon-pemohon yang lain. Sebab aku malas nak shading banyak-banyak. Aku dah la tak beberapa nak reti benda shading2 ni. Karang makin buruk pulak jadinya. Aku tengok-tengok la sikit, orang lain lukis. Takde la cantik sangat. Aku punya lagi cantik. Dalam hati terasa bangga pulak. Tapi reaksi aku biasa je. Padahal dalam hati bongkak sikit.

Sesi pertama tamat. Lepas tu kena menunggu giliran untuk di temuduga. Perg... Inilah sesi yang aku paling tak suka. Aku ni jenis gugup dan inferior tinggi. Debo je tunggu. Semasa tengah tunggu giliran, ada call dari kawan aku. Dia kata portfolio tu baru sampai. Dalam kepala aku, rasa rugi je. Aku dah ada kat UITM, kalau nak amik tu memang tak sempat la. "Takpe la, benda tu optional je", hati ku bermonolog menenangkan pikiran serabut. Tiba lah giliran aku. Dia speaking pulak. Aku dah cuak sero. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dia tak mintak pun sijil yang aku bawak. Yang dia mintak ialah bukti minat terhadap seni. Aku tak bawak portfolio tu. Pening jugak aku pkir, nak buat camna lah ni? Last kali aku teringat satu sijil yang ada logo AMASS yang aku cipta untuk kelab akaun tu. Aku tunjuk je benda tu. Pastu dia tau aku ni 'pelajar matang' (bukan lepasan SPM). Dia tanya pasal Seni Bina. Adess... aku mana tau seni bina ni. Tak buat reseach pun tentang tu. Dia tanya pasal bangunan yang pernah aku lihat. Yang aku ingat UIA gombak tu je. Yang lain tak keluar pun dalam otak aku. Dia tanya pasal satu arkitek yang aku pernah tau. Aku pun tak tau. Padahal selepas interview tu baru aku ingat aku pernah pergi ISTAC semasa rombongan AMASS ke Kuala Lumpur. Adess.. menyesal gile aku. Arkiteknya pun aku tau, tak silap namanya Syeikh Naquib Al-Attas. Tapi aku tak terpikir semasa interview tu. Apa nak buat nasi sudah jadi hangit. Kalau jadi bubur masih boleh makan, kalau jadi hangit makan pun selera.(karbon x baik utk kesihatan). Tapi apa yang positive semasa interview tu ialah lukisan sesi pertama aku tu. Dia kata cantik. Itu je la yang aku rasa ok pun.

Dah habis Temuduga tu, ingat ke dah tenang sikit jiwa. Tapi makin teringat-ingat di kepala aku penyesalan. "Kalaulah aku bawak porfolio tu", "kalaulah aku jawab camni camtu". Makin pening aku dibuatnya. Memikirkan samada dapat ke tak seni bina tu. Kalau tak dapat, nampak gayanya, lama lagi la aku mengangur. Dan kalau tak dapat, rancangannya nak apply pengurusan je lah. Harap2 dapat Seni Bina tu...
Bagi aku untuk dapat Seni Bina 50-50 je. Spoil tang temuduga tu je lah.

Bagi aku, ada hikmah disebalik kejadian tersebut.Yang aku patut amik iktibar ialah
1. Jangan buat keje 'last minutes'. (peristiwa portfolio tak sampai sebab tu la)
2. Jangan mengambil mudah
3. Jangan bangga sangat apa yang kita ada.
4. Jangan makan nasi hangit (x de kaitan)

Apapun saya berharap pelawat2 blog ni doakan utk saya, agar dapat Kos Seni Bina tu.
Kalau dapat, aku nak pastikan aku buat yang terbaik, taknak jadi macam dulu. Walaupun aku tahu bahawa kos ni memang perlu sibuk dengan projek. Harap ia sesuai dgn jiwa ini.
Tapi kalau tak dapat, Redho je lah...

.::wAllahua'lam::.

Wednesday, October 27, 2010

Slot Diari

Assalamualaikum kepada pelawat2 blog ni...

slot dairi ini saya buat bertujuan sebagai kenangan buat diri ini. Kerana diri ini selalu lupa peristiwa2 penting dalam hidupnya.

Saya mengasingkan blog ini dengan blog asal, supaya orang tak mengangap ianya perlu dibaca. Bagi saya blog asal itu adalah untuk mengeluarkan pandangan2 dan fikrah saya. Jadi saya tidak mahu campur adukkan benda sebegitu dengan diari ini. Slot ini tidaklah digalakkan untuk dibaca. Tapi sape rasa nak baca, bacalah. Bukanlah satu pengharaman... huhuhu

.::Selamat Membaca::.

Tuesday, October 26, 2010

I HATE CONVO!!!!

Fuh... 23 Oktober tarikh yang memaksa seluruh tubuhku mengerah kudratnya. Penat dan leceh. Hari yang boleh dikatakan berprestij bagi setiap orang. Namun I hate convo!!!! nak tau sebab apa, ikutilah rentetan perjalanan...

*tulisan bewarna merah menunjukkan tekanan yang dihadapi penulis.
*tulisan berwarna biru menunjukkan kegembiraan penulis.

20 hb

Malam: bersiap dan berkemas. Buat checklist. Tanya Fattah pasal barang yang perlu dibawa.
> Rupanya blazer kena bawak. Nak tengok balik  peraturan pakaian di internet tapi internet slow gila.
> pikir camne nak cari blazer.
> Teringat sorang sahabat. Tanya dia. Alhamdulilah ada.
> Malam tu jugak pergi rumah dia, amik blazer.
> sampai rumah tengah malam. Kemas balik barang.
> Tamat kekalutan untuk hari itu.
ps: bus naik di bukit Jalil!!!!

click utk meneruskan pembacaan

21 hb
Pagi: 
>bersiap terus awal pagi.
> ada perubahan plan pulak. Kena bertolak awal lagi. Kalut mandi.
> pergi ke stesyen Ampang (lrt Putra) berdekatan dengan pejabat ayah.
> naik train.
> kena tukar train di stesyen XXX (tak ingat nama stesyen tu)
> turun di stesyen XXX. Tunggu train ke Bukit Jalil.
> train sampai. naik train.
> rupanya salah naik train. gerabak tu utk pergi patah balik.
> terpaksa patah balik.
> Tension
> sampai semula ke stesyen XXX. tunggu balik train ke Bukit Jalil. Kali ni pastikan tidak silap.
> akhirnya sampai jugak Bukit Jalil. Terserempak classmate.
> cari bus stesyen. Jumpa. Lega.
Tengah Hari: 
> naik bus, bertolak ke Johor.
> sampai Johor, jumpa Fattah. Pergi rumah pakcik Fattah.
> Sampai di rumah Pak Teh Fattah.
Malam: prepare utk esok dan tido.
> Fattah bincang pasal peta ke UTM dengan PakTehnya.
> bersyukur sampai juga di Johor.
> tamat kekalutan di hari itu.

22 hb

Pagi: bersiap.
> bertolak ke UTM. berpandu peta yang dibincang semalam.
> sampai UTM. tp kawan suruh amik di campus UTM.
> keluar balik. pergi amik diorang.
> jumpa asrama tu. amik diorang. cari jalan ke UTM semula.
> sampai UTM. Pergi raptai.

> habis raptai.
> kena amik jubah. Ramai sangat orang beratur. Pergi selesaikan pengesahan untuk Foto dulu.
> selepas tu, pergi tempat amik jubah, masih lagi beratur panjang. Planing amik selepas solat jumaat.
> lupa resit bayaran jubah.
Tengah Hari:
> print resit di internet.
> solat jumaat.
> pergi terus ke tempat amik jubah. Tunggu lama. Rupanya kaunter bukak pukul 2.30 ptg. 
> Amik jubah. rupanya tak perlu guna resit!!!
> tension.
> selesai urusan tersebut. Pergi keluar ke bandar, sebab kawan banyak nak beli barang.
> alhamdulilah ada sorang pemandu pelancong.
> ke mall mana tah. Tak jumpa barang yang dicari. Tapi jumpa kawan-kawan lain. Nak ikut sekali.
> pergi ke Mall yang lain. Jauh gila pergi.
> tak jumpa juga barang dikehendaki. Keluar Mall, pergi kedai di luar Mall. bundle.
> akhirnya jumpa juga barang yang dikehendaki.
malam:


> cari tempat solat magrib dulu. Solat.
> planing nak balik.
> ada pulak sahabat kena pergi pejabat Haluan. Nak kena amik kunci dulu.
> pergi ke pusat bowling, sebab pemegang kunci ada disitu.
> tension. Diorang sudah takde disitu.
> rupanya ada miss communication disitu.
> masalah diselesaikan disitu.
> pergi ke UTM. terpisah group. Jumpa balik.
> pergi ke pejabat Haluan.
> kawan yang nak pergi pejabat Haluan itu tak jadi pulak. tension. Dah jauh jalan akhirnya tak jadi pulak.
> Lupa nak hantar pemandu pelancong di rumahnya. Agak jauh juga nak hantar.
> suruh Budak UTM hantarkan. (sebab dia tau jalan).
> balik rumah dalam kepenatan.
> bersiap untuk Convo esok.
> Tido.
> tamat kekalutan di hari itu.

23 hb

pagi: Bangun awal.
> pergi ke UTM.
> Beratur untuk masuk dewan. Berpeluh. Ada orang bijak yang suruh membuat barisan lurus.
> masuk dalam dewan. Aku kena duduk di tengah-tengah perempuan. Tak selesa.

> ngantuk dengar ucapan mereka-mereka yang berkenaan.
> amik album.
> Tamat konvo.
> sesi bergambar diluar.
> puas bergambar sampai tengah hari.
Tengah Hari:
> kena sahkan resit gambar.
> ramai gila beratur.
> wakilkan budi je.
> hantar jubah.
> solat zohor.
> rehat sebentar.
> salam-salam dengan kawan.
> balik naik ngan family.

Hahaha.... cuba tengok balik, tulisan bertanda merah je banyak berbanding biru. Sebenarnya aku tak kisah sangat dengan tekanan tu, tapi sahabat aku la kesian. Aku tukang ikut je. Fattah yang drive lagi kesian. Moga Allah mengira itu sebagai satu kebajikan (menolong orang).
Disini aku nak mengucap seribu penghargaan buat sahabat-sahabatku yang bersusah payah....
Arif: terima kasih sebab jadi pemandu pelancong.
Fattah: terima kasih sebab bagi tumpang rumah Pak Tehnya dan menjadi sebagai driver.
Budi: terima kasi sebab tolong selesaikan masalah di tempat Foto tu.
dan terima kasih buat yang sahabat yang lain... (sebab dah tak ingat yang lain dah, sory)



Bila ingat-ingat kan balik rasa kelakar pun ada. Tension memang tension. Leceh memang leceh. Letih memang letih. Takpe la, asalkan dapat jumpa sahabat dan kawan kat sana. Terubat sikitlah tension aku ni. Apatah lagi dapat jumpa guru kesayangan ku di sana, Cik Maryam dan Miss Izzati. huhuhu
cik Maryam

miss Izzati

Disebabkan satu hari itu sahaja, aku lalui pelbagai masalah. Tapi pengalaman tu, susah nak cari. Ketensionan tu sunnatullah kehidupan. Moga diri ini ambil pengajaran, " Jangan Buat Kerja Last Minutes". huhuhu

Bila direnung-renung kembali, adakah apa yang aku buat ini diredhoi Allah? Entahlah... Moga-moga Allah redho dengan diriku pada hari-hari itu.

Apa-apa pun, I hate convo, but I love my friend..... huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...