Saturday, September 24, 2011

My life as an Architecture student -Review-

Alhamdulillah, akhirya cuti sem sudah berakhir. Nak mula belajar balik. Semoga keberadaan di rumah, tidak membekukan otak ini. Nak kena mulakan azam baru. Perbaharui niat. Tetapkan Matlamat. Tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama.

lama x update diari di sini, huhu. kali nak tulis mengenai final project time sem satu tu. Dah lama nak tulis tapi x de gambar. Jadi terpaksa ditangguhkan dahulu. (kena mintak gambar kat kawan dulu).

Penat
Peristiwa itu x mampu saya tulis kesemuanya. Sekadar ulasan yg simple. Review* sem 1 saya agak drastik juga. Dengar kata sebelum-sebelum tak buat se'grand' sem tu. Memang banyak perkara perlu dibuat. Banyak kerahan tenaga yang diperlukan. Antara kerja-kerja yang kena buat ialah angkat meja (yg berat tu), sapu sampah, susun meja dan sebagainya. Memang penat. Namun agak kesal, kerana ada sebahagian ahli studio macam nak tak nak je tolong.

Arahan
Mungkin dorang rasa terpaksa sebab lihat senior yang handle kami, ayat dia lebih macam arahan dan bukan minta tolong. Mungkin juga dorang dah buat kerja lebih banyak dari aku time riview tu. Cuba bersangka baik, walau hati panas, haha.

Dengan itu marilah tengok hasil kerja riview sem satu saya. Walau tak cantik, tetap nak tunjuk. Model saya terpilih (top ten) untuk riview. Sungguh tak sangka. :)

corak awal


yg ni adalah mock up



model yg siap selaps beberape hari berhempas pulas



Yang bawah ni adalah model kawan-kawan saya.

aku suka model ni. Kawan aku punya






Gambar yg lain tiada kat saya. So, itu je yang dapat ditunjukkan. Maaf. hehe


buah aku yg buruk, haha

Yang ni je, yg sempat saya scan, huhu. (maaf, buruk)
Review itu berlangsung 3 hari kalau tak silap. Lama kot. Review habis kena kemas balik. Kena angkat meja balik masuk Fakulti. Time tu kebanyakkan classmate dah balik. Geram jugak, namun kena reda dan ikhlaskan diri. Nanti jadi sia-sia pulak.


Moga-moga
Alhamdulillah, review sem pertama dah habis. Pointer pun dapat alhamdulillah jugak. (first time dpt pointer mcm tu). Moga-moga segala penat lelah menjayakan review itu diterima Allah. KepadaNya letaknya segalanya pergantungan. Idea, kebaikkan, dan kemudahan semua milik Allah. Maka mintalah kepada Dia untuk apapun. (Terutamanya nak cari idea tu). Moga-moga kita semua sentiasa menjadi hamba-hamba yang bersyukur. Sekian saja perkongsian diari ini. Wassalam... :)

last pose. Teruskan perjuangan!! (monolog)

*review = pameran hasil kerja selama satu sem. Boleh tingkat markah kalau orang luar tengok kerja kita bagus.

11 comments:

  1. siyes smart~

    "Moga-moga segala penat lelah menjayakan review itu diterima Allah. KepadaNya letaknya segalanya pergantungan. Idea, kebaikkan, dan kemudahan semua milik Allah." :)


    p/s : nape ade gambar yang terlalu besar? kalau bole, bagi semua gambar sama saiz..sbb nampak agak serabut bila begitu..maaf jika terlalu berterus terang~

    ReplyDelete
  2. Jazakillah Aton... :)
    Ok, saya sudah besarkan.. terima kasih atas komennya...

    ReplyDelete
  3. Salam...

    1st nk ucap tahniah..lawa2 kerja nta.
    2nd,gmbr2 yg nta scan/upload x sama dimension/size.Ada yg too big smpai kena horizontally scrool (kiri kanan).Cadangan:Nta kecilkan skit supaya x leh scroll ke kiri n kanan tu dan samakan dimension dia.

    Yg lain ok dah.Power dowh!!
    Babai bal..hehehe

    ReplyDelete
  4. err..maaf~
    sbnrnya, mesej yang ana nak sampai kan tu, macam saudara NJ cakap untuk 2nd tu...[syukran NJ]
    mungkin mesej yang ingin saya nak sampaikan tu xjelas dan mungkin enta xpaham... :)

    ReplyDelete
  5. err... sy masih x paham la...
    ana bukak ok je... x perlu scrol kiri kanan pun. Serius, ana makin x paham...
    enta guna google chrome ke? ana guna Firefox.. x tau la dia effect ke tak..

    ReplyDelete
  6. salam'alaik...
    ok, baru ni sy bukak blog ni..
    semua gambar dah ok dah...
    every picture already synchronize~ (^_--)v

    ReplyDelete
  7. haritu saya bukak guna internet explorer.. baru tau apa masalahnya.. saya pun edit terus guna explorer... alhamdulillah, dah ok

    ReplyDelete
  8. Tahniah, alhamdulillah. Semakin mantap bro kita ini.

    BroHamzah

    ReplyDelete
  9. salam,susah x mse interview seni bina??
    susah x nk blajar kos ni?
    bez x??

    ReplyDelete
  10. x susah pun... cuma kena lukis elok2 sikit la...
    cuba tengok link ni...http://mr-iq2.blogspot.com/2010/10/interview-seni-bina.html

    sy harap anonymous lepas ni, boleh tulis nama, atau nama samaran...

    ReplyDelete
  11. Ouh student akitek rupenye.lawat lah kalau sudi.saya pun baru abis diploma in architecture UTM. Salam ukhuwah, x sangka, patutlah buat komic pasal model adn submission.hehe. http://mzufar.blogspot.com.

    ReplyDelete

jika anda adalah Anonymous Users, sila letakkan nama/nama samaran anda (kalau boleh).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...