Saturday, March 12, 2011

Ping-Pong lagi...

Owkeh... Assalamualaikum semua. Kini seperti yang saya tulis haritu. Saya nak tulis memory saya dalam SUKOL, iaitu Sukan Kolej. Dimana setiap kolej akan berentap termasuk NR (non resident). Seperti yang diceritakan di post yang lepas, saya telah terpilih untuk mewakili Kolej Perindu untuk sukan Ping-Pong. Agak teruja jugak la. (kali ini saya nak cuba pendekkan cerita)

SUKOL

Pada permulaannya lagi kami mempunyai masalah. Iaitu kami tak cukup pemain. Dalam kumpulan maximun orangnya ialah 8 orang. 6 pemain utama, 2 simpanan. Namun kami, yang confirm dapat main hanyalah 4 orang. Kawan saya (bergu dgn saya haritu), juga tak dapat datang sebab dia masuk larian Sukol. Pada waktu itu kami sudah ada di dewan tempat perlawanan tersebut. Namun kami masih tak cukup orang. Lalu, kami call jelah sapa-sapa yang free. Kutip je, tak kisah lah terer ke tak terer. Terdesak. Last kali jumpa seorang je yang boleh main. Pastu, seorang lagi kami amik abang firdaus, iaitu pengurus untuk kumpulan kami. Huhuhu, lawak gila time tu. So, cukuplah sudah untuk main.

Kumpulan yang masuk adalah, Perindu (kump saya), Jati, Meranti, Teratai, Non Resident 1 dan Non Resident 2 (seperti yg tercatit diatas). Kami kumpulan B. First game jumpa NR.

Terus ke permainan. Ada 5 perlawanan. Sape menang 3, akan menang. Kami ada seorang wakil Uitm. Memang mantop gila la dia. Perlawanan dia menang dengan mudah. Perlawanan kedua kami kalah. Regu, kami kalah. Pastu perlawanan saya, kena lawan wakil Uitm. Saya kalah dengan hampeh sekali. Dan yang perlawanan kelima kami kalah. Huhu, kalah 4-1. Agak sedih la. First game dah kalah teruk. Mana tak nya dorang semua terer. 3 orang wakil UITM. Kami ni dah la budak yang tak berlatih, terus masuk pertandingan. Team pun main kutip je.

click utk meneruskan pembacaan
Kemudian game seterusnya, kami kena lawan Meranti. Kalau kami nak masuk separuh akhir, kena menang dengan diorang ni.Perlawanan pertama kami mudah. Kedua kalah. Regu kalah. Keempat (saya) menang. Kelima, kalah kot (tak ingat). Alhamdulillah, kami dapat pergi ke separuh akhir. At least kalau kalah dapat gak hadiah. huhuhu.

Separuh Akhir

Separuh akhir berlangsung pada haritu jugak. Cuma ia bermula pukul 2.30pm, lebih kurang. Kini tiba sesi separuh akhir. Naib Johan kumpulan B (kami) akan lawan Johan kumpulan A (Jati). Naib Johan kumpulan B (tak pasti sape, huhu) akan lawan Johan kumpulan B (NR). Terus ke perlawanan kami. Pemain masih sama. Sebab kami masih lagi tiada orang. Cukup-cukup 6 orang.


Perlawanan pertama kami menang sebab kami ada wakil UITM tu. Perlawanan kedua, kami kalah. Regu pun kami kalah. Kedudukan sekarang 2-1. Agak getir jugak, kami hampir nak kalah. Kemudian perlawanan saya. Alhamdulilah saya dapat lawan yang agak senang. First set menang mudah. Second set agak silap. Kalah pulak. Kemudian saya dapat jumpa kelemahan dia, lantas saya memenangi perlawanan tersebut. Sekarang terikat 2-2. Perlawanan ke-5 akan menentukan kami layak atau tak ke Final. Perlawanan ke 5, jadi seperti saya juga. agak sengit. Lawannya agak sama taraf dengan dia. Akhirnya kami menang. Alhamdulillah. Kami dapat ke Final!!

Final akan dimulakan keesokan harinya. Pada petang tu kami berlatih sikit (kononnya, huhu). Kami akan berentap dengan kumpulan paling terer iaitu NR 1. Kumpulan yang kami kalah pada awal game. Peratusan untuk menang adalah 1%, mungkin kurang lagi. Namun ia tidak mematahkan semangat saya. Kalah tak kisah, yang penting dapat buat yang terbaik. Namun malangnya, pemain utama kami ada program pada hari final itu. Namun katanya nak datang juga. So, kali ini kami sedut orang baru jadi pemain. Kawan regu saya juga datang untuk bermain.




Final

Detik final kini tiba. Namun kelibat pemain utama masih lagi tidak kelihatan. Kerana masa amat mencemburui kami, terpaksalah kami main dulu (tanpa pemain utama). Dan susunan kami buat agak berbeza. Saya kena bergu, huhu. Perlawanan pertama kami kalah dengan hampeh. Diikuti perlawanan kedua kami kalah. Dan regu, kami kalah, huhu. Saya lah yang jadi lubuknya. Entah mengapa, smash tak menjadi, potong pun tinggi. Namun redho dengan kekalahan. Owh, sebelum saya terlupa, pemain utama kami ada datang namun pada permainan yang ke 2. Namun beliau tak boleh main lagi sebab tengan game time tu. Jadi kerana masa tidak mengizinkan, beliau kena pergi ke program tu balik.

hadiah kami, beg tak berkualiti, huhu.

Owh malangnya diri ini. Daripada awal lagi sudah tidak cukup pemain. Kalah dengan hampeh lak tu. Tai syukur juga, walaupun banyak kesukaran dari segi pemain, kami mampu dapat ke Final.

johan. Kumpulan NR 1


Pengajaran

1. Lagi sekali, keajaiban itu berlaku. Kami dapat ke final walaupun kami takde lah terer sangat. Jika Allah mengkehendaki sesuatu berlaku, makan tiada yang dapat menolaknya.

2. Sepatut  nya kita patut bersyukur, walaupun tak dapat ke Final. Kerana nikmat yang Allah telah lebih lagi dari itu. Iaitu nikmat islam, nikmat iman dan nikmat kehdupan.

Luahan Hati


Saya amat merindui suasana di Taman Islami. Matlamat memasuki pertandingan itu selalu dijelaskan. Iaitu untuk menunjukkan islam itu tinggi selain matlamat utama (mardhotillah). Tiap perlawanan diingatkan agar sentiasa mengingati Allah. Pertandingan itu seperti satu peperangan pula rasanya. Sebelum bertanding, selalu dinyanyikan bersama lagu Sunnah Orang Berjuang yang dapat meningkatkan semangat juang kami. Sungguh amat berbeza disini. Owh rindunya aku.  

4 comments:

  1. like!..
    berbunga bila tau nta kembali bermain..hehe..
    khubaib pun dok aktif balik kt unimap..dy masuk masum kot..

    tahniah2..ok la tu msuk final..:)

    ReplyDelete
  2. nasib je wey...
    tu pun sebab kami ada wakil sorang...
    Allah nak izin...
    rindu plak suasana pertandingan kat taman islami... huhuhu

    ReplyDelete
  3. dh tu dpt wkil uitm x?..

    ReplyDelete
  4. jauh lagi kalau nak wakil UITM....
    semacam mustahil...

    ReplyDelete

jika anda adalah Anonymous Users, sila letakkan nama/nama samaran anda (kalau boleh).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...