Saturday, June 25, 2011

Komik: A Day When Everything When Wrong.

Juga terdapat dalam Versi Bahasa Inggeris. Sila ke laman Utama.


Tajuk: A day When Everything Went Wrong
Pelukis: Mr IQ
Cerita Asal: Amin Misran http://seekforthelight.blogspot.com/

click utk meneruskan pembacaan








****************
1. Ujian yang ditimpa kepada kita adalah satu rahmah, iaitu sebagai peringatan buat hambaNya yang lupa. Beerti Allah masih sayangkan hamba-hambanya. Tidak ubah seperti fitrah seorang bapa, memukul anaknya. Agar anaknya tidak melakukan kesalahan yang akan merosakkan dirinya sendiri.

2. Kegelisahan dihati adalah satu implikasi lemah iman kita, ketika itu. Jadi haruslah kita sentiasa mengingati Allah dalam setiap detik kehidupan.

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Arrad ayat 28)

3. Ujian yang diberiNya adalah untuk menguji keimanan hamba-hambaNya. Hadapilah ujian itu dengan sabar dan solah.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu [99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-baqarah ayat 153)

Semoga kita berjaya menghadapi ujian Allah itu.

****************

p/s: anda dibenarkan untuk menyebar komik ini jika mahu. Namun pastikan anda telah membaca peraturan di sebelah kiri blog. Saham Akhirat bleh share sama2... :)

- komik ni adalah berdasarkan cerpen Amin Misran dari blog http://seekforthelight.blogspot.com/
- komik ini dibuat khas untuk peringatan diri ini yang selalu lupa.
- Komik ini juga terdapat dalam versi Bahasa Inggeris. Sila tekan link ini (English Version) untuk lihat...
-berhibur sambil mendidik-

Monday, June 6, 2011

Belajar Buat Coklat..

Assalamualaikum...
Semenjak duk kat umah ni, ada ja mak sya mintak tolong. Banyak sunguh kerjanya. Tapi tak mengapalah, dia adalah ibuku. Ibuku kan Madrasahku... :) Pastu haritu dia mintak tolong buat coklat, sebab dia dah tak larat, yelah ke sana, ke mari, buat kerja-kerja demi dakwah dan tarbiyah. Coklat tu nak diberi kepada adik perempuanku yang baru masuk UIA di nilai dan untuk atuk dan opahku di klang. Malam tu saya bersama adik perempuan saya yang satu lagi, buat coklat sampai pukul 12, huhu. Jom la, saya nak share cara buat coklat, senang saja.

sekadar hiasan


Bila ada dengar buat coklat, mesti ada orang terpikir membuat 'coklat' itu sendiri. Sebenarnya tak de la buat coklat, cuma cairkan coklat dan masuk dalam acuan sahaja. huhuhu.


Jenis Coklat yang digunakan.
jeNama: Salberon
Buatan: Malaysia
Eh! kenapa lain je nama tu? Entah, saya pun tak tau. Sebab Mak saya bagitau jenamanya Salberon. Coklat yang kami gunakan ada dua, coklat warna brown dengan coklat warna putih. Dua-dua jenis yang manis. Kalau tak suka manis, boleh beli yang jenis pahit (mint pun ada kalau nak). Kegunaan coklat putih selalunya orang buat hiasan diatas, dimana coklat putih duduk kat layer atas coklat. Pastu coklat putih ni, boleh dibubuh pewarna dan perisa. Contohnya warna pink, sesuai untuk acuan bunga ros. Coklat warna coklat (brown), pulak sebagai layer yang duk kat bawah. Kalau nak buat satu warna saja pun boleh, tapi tak menarik la nanti.


Cara-cara buat.

1. Masakkan air sehingga mendidih di dalam satu periuk.
Dah mendidih tutup api.

2. Masukkan coklat dalam bekas yang macam ni.
Bontot periuk ni bulat tau. Eh bukan, Hemisphera lah...

3. Cairkan coklat atas air mendidih tadi. Maksudnya bekas ni, duduk atas periuk yang ada air tu.
Perhatian!!
1. Jangan masukkan coklat dalam air tu.
2. Dan jangan masak coklat terus atas api.
maaf terlalu gelap

nampak tak? periuk tu atas periuk yg ada air...
4. Kacau-kacau sampai cair.
Kalau air kat bawah tu dah mendidih, tutuplah api. Tak perlu terlalu panas sangat.
Kacau coklat tu bagi semuanya cair.

5. Kalau dah cair semua, angkatlah letak atas meja, lapik guna kain.

6. Masukkan pewarna yang dikehendaki, saya guna warna merah sahaja.

7. Masukkan coklat ke dalam bekas kecil,
Boleh juga guna plastik yang nak buat tulisan atas kek tu. (tak tau nama plastik tu apa. Lihat gambar dibawah.
ni la plastik yang dikatakan tu

kalau ada bekas ni senang, tuang saja....
Kalau takde kedua-dua tu, guna sudu jela, untuk masukkan dalam acuan.

8. Masukkan ke dalam acuan.
acuan berbentuk kulit siput..

acuan berbentuk bunga ros

coklat putih dituang ke dalam acuan
Tapi kena ingat, bubuh sedikit sahaja, sebab coklat putih ni nak dijadikan layer di atas. Lihat gambar di bawah.

9. Masukkan dalam peti ais... bila dah sejuk keluarkan

10. Selepas dah sejuk  baru boleh masuk coklat bewarna coklat (brown) tuh... (maksudnya cairkan lah coklat warna brown pulak, ulang step 1 sampai 8) Isi dalam acuan tu sampai penuh, sebagai second layer coklat anda.

11. Masuk la dalam peti ais, kemudian biarlah sampai sejuk. Siap!!! senangkan? (banyaklah ko senang, leceh kot) Coklat yang terjasil akan nampak seperti ini... (dibawah)
gambar ni nampak cam comot je, huhu

Jadi begitulah cara buatnya. Dan disini ada peringatan sedikit. Selepas habis guna alatan buat coklat tu, sila rendamkan bekas-bekas buat coklat tu ke dalam air panas. Supaya senang untuk dicuci (bab tu yang sy paling malas).

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi saya sedikit saham akhirat.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui,
 An-Nahl:043 

Dan semoga Allah menilai kerja kita sebagai satu pahala kebaikan. Kalau nak tanya, tanyalah, kalau saya boleh jawab, saya jawab (walaupun saya tak pro, huhuhu)

.::Wallahua'lam::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...