Friday, April 15, 2011

Macam tak percaya...

Assalamualaikum, wah banyaknya sawang dalam blog diari saya ni. Nak bersih la jap.

Setelah beberapa bulan berlalu, saya agak sibuk (kononnya), kini saya sudah berada dihujung-hujung sem dah. Nak dekat Final dah. Rasa macam tak percaya saya telah melalui pembelajaran arkitek selama berbulan-bulan. Dulunya saya tidak pasti, namun kini saya sudah dihujung semester.

Saya sendiri pun tak perasan masa itu cepat sungguh berlalu. Pejam celik pejam celik da kat hujung sem. Apapun apa yang saya harapkan, kalian yang membaca blog saya mendoakan saya yang sedikit hari lagi akan menghadapi exam.

click utk Read more/less
Sebenarnya saya hanya ada 2 paper exam. Sepatutnya 3 paper, tapi disebabkan saya telah dapat pengecualian kredit, jadilah 3 paper, huhuu. Apa yang saya risau sekarang ni, ialah subjek Fizik. Saya masih lagi terkapai-kapai. Pensyarah yang mengajar agak tak reti mengajar. Classmate saya yang lain tak apelah, sebab diorang semua telah amik Fizik semasa Spm dulu. Saya pula hanya pelajar kelas aliran Sastera je semasa Spm dulu-dulu (pokoknya saya sorang je dalam kelas yang tak amik fizik). Pensyarah itu main ajar laju je. Akhirnya sayalah yang menjadi mangsa keadaan. Terinaya. Tak paham.  Argh...


Apa yang perlu saya lakukan!! Nak suruh kawan ajar pun, kawan pun lagi sibuk dari saya. Nak study sendiri, agak mustahil, sebab saya baca pun tak paham. Nak buat latihan pun tak tau jawapan betulnya. (alasan je semua tu). Namun, setiap kali mereka menyatakan kerisauaan kepada pensyarah, Pensyarah akan mengatakan, "Mudah saja soalan final". Aduh, ternyata ayat itu langsung tidak menenangkan saya. Bahkan ayat itu membuat saya lebih gabra. Memanglah dia kata mudah, sebab dia tu jurutera, dan saya ini bdak kelas sastera yang tak pernah diajar subjek fizik. Sungguhpun subjek fizik ni bernilai 1 jam kredit je, namun saya tidak mahu gagal (repeat). Mohon doa kalian....!!!

Pengajaran

Apa yang jelas, saya tidak mahu dapat teruk macam saya amik kos perakaunan dulu. Saya nak dapat yang terbaik. Namun usaha saya seperti tidak sehabis terbaik yang saya ada. Entahlah, kalau sikap tidak diubah, sampai bila-bila nasib diri ini takkan terubah. Hanya menunggu keajaiban dari Allah. Konsep tawakal yang ternyata terlalu jauh lari. Namun itu hakikat diriku. Susahnya mahu ubah sikap malas ini. Argh......


لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah [767]. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan [768] yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
Ar-Ra`d:011  

Disini, saya mohon lagi sekali, tolong lah doa untuk saya. Moga-moga Allah membalas perbuatan baik kamu terhadap saudara seislam mu (saya). huhu.. ok sekian saja disini, akhir kata, kalau boleh saya nak share kat blog diari tentang apa yang telah saya belajar untuk sem satu. Mungkin selepas review kot...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...