Selepas habis pernikahan abangku di Perlis, minggu depan akan terisi lagi hariku dengan program.17hb hari jumaat, menggamit hati dan perasaanku. Pada tarikh tersebut berlangsungnya Kem Minda Kreatif untuk Wilayah Tengah. Memang best. Jom ikuti rentetannya.
barisan urusetia dan fasilitator perempuan |
urusetia dan fasilitator lelaki |
Malam pula menjelma, ada buat sikit mesyuarat bersama, kemudian bersambung dengan mesyuarat untuk Fasi sahaja. (p/s: aku jadi Fasi). Menyuarat Para Fasi berlanjutan sehinngga larut malam. Mataku kejap bukak kjap tutup. Selepas habis mesyuarat g tido.
17hb: Hari ini peserta akan mendaftar. So, It time to get busy (atau buat2 busy). Peserta yang kami jangka, telah mencecah 180 orang peserta (yang confirm nak dtg). So, kami dah budjet bahan untuk bilangan itu. Namun jumlah peserta kian bertambah sehingga mencecah 200 orang peserta!! Perg, dahsyat. Fail untuk peserta yang mendaftar, tidak mencukupi. Manakala asrama perlu ditambah satu lagi, menjadi kan bilangan asrama berjumlah 5 buat asrama. Memang diluar jangkaan, Subhanallah. Hebatnya promosi diorang untuk Kem ini. Untuk peserta gombak hanya sedikit yg datang.
~Kemudian, ada sesi penerangan oleh kem kom kita yang sangat bertenaga. Sesi tersebut untuk setting niat dan menerangkan tentang peraturan dan keselamatan.
~Setelah selesai sesi penerangan, ada makan tengahhari, kemudian ready untuk solah jumaat di masjid berdekatan menaiki Bus (kita orang, naik kete).
~setelah solah, ada aktiviti Ice breaking. Bagi memecahkan rasa kekakuan dalam diri peserta. Kemudian azan asar berkumandang.
~Pada waktu malam ada pengisisan oleh .... (aku pun x kenal).
~akhirnya peserta g tido. Kemudian aku kena menghadapi sesi yg paling digemari, iaitu postmorterm. Asal nama sesi tu mesti sampai berlarutan malam. Aku kadng2 terlelap. Kemudian jadi emosi sikit time tu. Aku x boleh menerima tugas ketika itu. (maaflah). Antara isi posmotem nya ialah
1. masa: Game yang dirangcang sepatut nya 5, namun hanya mampu buat 2 sahaja.
2. kesusaian: Tajuk pengisian yg agak berat untuk peserta2 biasa.
3. dan lain2... (dah x ingat, huhu)
Untuk Fasi, membincangkan pasal checkpoint utk explorerace. (ketika tu aku sudah ngantuk dan emosi).
~balik tido...
18hb: Inilah hari yang kemuncak. Hari yg mungkin dinanti2kan peserta. Iaitu flying fox dan kayak juga explorace. Pada belah pagi, yg lelaki akan main dulu Flayingfox dan kayak. Sahibah akan uat explorace.
~peserta lelaki akan dibahagi kepada dua kmpulan. Satu group akan main flying fox dan satu lagi main kayak.
~peserta2 nampak agak enjoy. Enjoy, enjo jugak, biarlah ia tarbawi... huhuhu.
~kul 10.30pagi, ada makan pagi, kemudian tukar group. Group yg main flying fox akan main kayak, dan begitu sebaliknya untuk group lagi satu.
Pada belah petangnya (selepas zohor) ada aktiviti explorace untuk peserta sahabt. Disebabkan aku tiada checkpoint yg dijaga, aku menyebuk la kat mana2 checkpoint yg aku suka.. huhuhu. Dalam setiap checkpoint ada game yg telah dirancang. Game2 yang dirancang itu bukanlah satu game yang kosong, namun penuh dengan pengajaran dan nilai murni bagi mencapai objektif program.
~pada (5.30-7.00 lebih kurang) petangnya, bagi masa untuk diorang membuat persembahan untuk malam kebudayaan selepas isyak. Group aku, (p/s: stp fasi ada group yg di pegang), membuat persembahan sketsa. Aku hanya bagi sekadar cadangan, yang lain diorang pikir sendiri. huhuhu.
~lepas isyak malam kebudayaan berlangsung. Macam2 gaya ada. Lawak, boring, dan pengajaran terangkum dalam malam tersebut. huhu. Setelah habis semua persembahan diorang, fasi pulak buat persembahan. Nasyid je. huhu.
~aku postmotem cam biasa then tido.
~kemudian diorang mandi, lepas tu ada sesi bergambar. Sesi bergambar untuk lelaki memang payah nak susun. Ramai gile. Kena buat beberapa lapis barisan. Peserta dan Fasi tidak dapat bergambar bersama sebab penuh sangat.
~pastu ada
~selepas zohor, ada Majlis penutupan. Last sekali ada penyampaian hadiah. Group yg aku pegang dapat nombor 3. Tapi hadiah semua sama. huhuu.
~pkul 4 (lebih kurang) sesi tamat. peserta solat asar dan balik.
~selepas kami dah bersihkan tempat. Solat asar, dan balik. (quran ku telah tertinggal disana)
Harapan: Semoga peserta2 yang hadir KMK, mendapat sesuatu yang boleh memberi nilai baik dalam diri. Semoga Allah memberkati mereka yang bersusah payah dalam melaksanakan Kem ini. WaAllahua'lam.